Awas! Lelaki suka makan 'fast food' di usia remaja pengaruhi kualiti, kuantiti sperma ketika dewasa

Makanan segera dan makanan ringan diketahui memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan. -Gambar hiasan

MAKANAN segera atau makanan ringan seperti pizza, kentang goreng, soda dan lain-lain seumpamanya seringkali dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser, penyakit jantung, malah masalah kesuburan.

Namun, benarkah banyak makan 'fast food' di usia remaja mempengaruhi kesuburan di usia dewasa apabila ia dikatakan merosakkan sperma?

Menurut kaji selidik dari Harvard University, lelaki muda yang pola pemakanannya banyak mengambil makanan segera cenderung memiliki jumlah sperma lebih sedikit.

Mereka juga memiliki lebih sedikit indikator fungsi kesihatan sperma.

Ini berbeza dengan remaja yang menerapkan pola pemakanan seimbang dengan juga mengambil ikan, ayam, sayur, buah dan minum banyak air yang cenderung memiliki sperma yang lebih banyak.

Para pengkaji membuat kesimpulan tentang perkara ini setelah mempelajari pola makan, kualiti sperma, dan penghasilan semula hormon daripada sekitar 3,000 remaja yang telah lulus ujian kesuburan.

Hasilnya kemudian dibentangkan ketika acara tahunan European Society of Human Reproduction and Embryology baru-baru ini.

Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Doktor urologi di NYU Langone Health, Bobby Najari menghuraikan penjelasannya.

Katanya, kajian ini menyokong penemuannya sebelum ini yang menyatakan, pola pengambilan makanan segera kerap dikaitkan dengan kualiti sperma yang buruk.

"Saya rasa kajian tersebut menguatkan banyak perkara yang pernah saya sampaikan kepada para pesakit," kata Najari.

Remaja lelaki yang prihatin dengan kualiti dan kuantiti spermanya serta kesihatan diri secara umum disarankan untuk mengambil banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan daging tanpa lemak.

Bagaimanapun kajian tersebut tidak mengindikasikan bahawa pengambilan makanan segera sepanjang usia remaja dapat memberikan kesan kekal.

"Kesan terhadap kajian ini diambil dari satu waktu. Ini bukanlah kajian longitudinal di mana semua perkara diperiksa semula berkali-kali. Saya tidak akan kata ini tidak boleh diubah," katanya.

Beberapa pakar berteori berkata olahan makanan ringan boleh membunuh sel sertoli yang tidak dapat diganti semula.

Sel sertoli ditemui pada testis dan membantu proses penghasilan sperma.

Namun, Najari berkata kesuburan dan kesihatan sperma sangatlah kompleks sehinggakan kajian ini tidak cukup komprehensif untuk menyokong pandangan bahawa sel sertoli rosak dan tidak dapat diganti.

"Ada perkara yang tidak boleh anda sampaikan kecuali melihat jaringan testikular dari biopsi testikular.

"Informasi tentang kesihatan sel sertoli membuat data ini menjangkau terlalu jauh," katanya.

Justeru, ia tidak bermaksud anda harus mengurangkan pengambilan makanan segera jika masih ingin memiliki anak.

Terdapat bukti yang mengindikasikan bahawa makanan kaya antioksida, pengambilan alkohol secara sederhana atau tidak sama sekali, serta indeks massa tubuh juga menjadi faktor penting bagi kesihatan sperma.

Ia menegaskan, pola makan secara keseluruhan penting untuk kesihatan sperma.

"Dengan menerapkan pola makan sihat, anda tidak hanya memberikan manfaat untuk diri sendiri, tetapi mengoptimumkan kemungkinan memiliki anak di masa depan," kata Najari.

"Perubahan memerlukan waktu, namun sudah boleh mula dilakukan," katanya.-KOmpas

sperma, kualiti, kuantiti, subur

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain