suria

Tak semestinya berusia! Jika sukar 'tangkap' perbualan atau bezakan perkataan dan bunyi... anda mungkin alami masalah pendengaran

Ahli audiologi sedang memasang alat pendengaran pada seorang pesakit.

DIANGGARKAN dua juta rakyat Malaysia menghadapi masalah pendengaran sama ada secara sedar atau pun tidak, dan tanggapan bahawa gangguan itu hanya berlaku dalam kalangan mereka berusia 65 tahun ke atas juga sudah tidak relevan.

Sebaliknya semakin ramai individu berusia di antara 35 hingga 45 tahun mengalami masalah tersebut yang mengganggu aktiviti dan produktiviti seharian, selain yang dilahirkan dalam keadaan pekak akibat keturunan atau kecacatan fizikal.

Berbeza dengan pekak - yang mana seseorang itu hanya boleh mendengar sedikit atau tidak mendengar apa-apa langsung, maksud kurang pendengaran adalah seseorang yang mengalami kesukaran untuk mendengar dari peringkat ringan hingga kritikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Mandi ais teknik paling cepat untuk badan 'recover' selepas bersenam! Ini 6 cara berlatih gaya atlet profesional

Menerusi satu kaji selidik yang dilakukan ke atas 32,671 rakyat Malaysia mendapati, 50.3 peratus responden menghadapi masalah untuk mendengar perbualan peribadi di tempat sunyi berbanding 32.1 peratus tidak dapat mendengar dalam suasana sosial yang bising.

Gangguan pendengaran tidak semestinya hanya berlaku kepada golongan berusia.

Tetapi apa sebenarnya faktor kepada berlakunya gangguan pendengaran? 

Menurut Pengarah Urusan hear.com Malaysia, Alexander Evertz, terdapat pelbagai punca menyumbang kepada masalah itu, antaranya adalah seperti berikut:

1. Penuaan

2. Jangkitan

3. Trauma

4. Kesan penggunaan ubat

Bagaimanapun kata Alexander, faktor sosial seperti persekitaran di tempat kerja juga perlu diambil kira seperti di tapak pembinaan atau lapangan terbang yang boleh meningkatkan risiko gangguan pendengaran.

"Sebenarnya belum ada bukti saintifik yang mengaitkan sebarang simptom dengan masalah kurang pendengaran, malah apabila ujian dibuat untuk mengetahui masalah sebenar, pelbagai maklum balas diterima termasuk penggunaan televisyen atau muzik dipasang kuat untuk individu normal," katanya.

Untuk mengetahui sama ada anda mengalami gangguan pendengaran sebenarnya tidak sukar dan boleh dilakukan sendiri dengan melakukan pemerhatian.

Jika anda mengalami masalah menangkap perbualan atau membezakan perkataan dan bunyi itu merupakan petanda awal kepada gangguan itu dan disarankan melakukan ujian bagi menentukan tahap masalah sedang dihadapi.

Sejajar dengan perubahan teknologi alatan bantuan pendengaran juga lebih kecil dan mudah digunakan. 

Sementara itu, Alexander berkata, masalah pendengaran tidak dapat diatasi dengan pengambilan ubat-ubatan atau pembedahan sebaliknya menggunakan alat pendengaran dapat membantu kepada gangguan itu.

Penggunaan alat tersebut sebagai membantu menguatkan bunyi berdasarkan tahap gangguan pendengaran yang dihadapi dan di hear.com sendiri menyediakan rundingan dan percubaan selama tujuh hari tanpa risiko secara percuma.

Fakta menarik mengenai masalah pendengaran di Malaysia:

1. Seramai 24 daripada 30 anggota polis trafik mengalami masalah kurang pendengaran akibat pendedahan berpanjangan daripada bunyi bising kenderaan sebagaimana diterbitkan dalam kajian oleh Universiti Putra Malaysia pada 2007.

2. Pada 2016, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, DOSH merekodkan lebih daripada 7,000 pekerja menghadapi masalah kurang pendengaran di tempat kerja.

3. Pada 2018, antara 60 hingga 70 peratus daripada 700 penyakit berkaitan pekerjaan yang dilaporkan di Johor melibatkan masalah kurang pendengaran.

Masalah Pendengaran, Pekak

Artikel Lain