suria

Beri biru dan tomato baik untuk mencegah kanser prostat dalam kalangan kaum lelaki

Tomato dan Beri Biru dapat membantu mencegah kanser prostat dalam kalangan kaum lelaki.

KALAU bab makan biasanya kaum lelaki memang tak cerewat dan akan 'bedal' apa sahaja yang ada di depan mata mereka.

Tapi situasi ini harus berubah wahai kaum lelaki semua kerana makanan yang diambil tanpa had dan melihat kepada kesannya boleh mengakibatkan penyakit berbahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Minyak sayuran tingkat risiko sakit jantung, ketahui 5 makanan, minuman mudaratkan kesihatan

Sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan sihat yang patut orang lelaki makan setiap hari bagi memastikan diet anda seimbang dan paling penting ia memberi kesan baik kepada tubuh badan anda!

Apa makanan yang sihat tersebut? Ini mStar senaraikan untuk anda amalkan seperti mana dilaporkan oleh portal Eat This.

1. Bayam

Fakta! Sembilan daripada 10 lelaki memang tak makan sayur. Apa kata cuba ubah amalan itu dengan makan bayam yang mempunyai banyak khasiat khususnya untuk lelaki.

Kajian mendapati lelaki yang makan bayam dengan kerap dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif selain melancarkan peraliran darah dalam badan.

Kalau tak suka makan bayam, apa kata campurkan dalam smoothie atau protien shake atau campurkan dalam salad anda!

2. Kacang Badam

Daripada makan snek ringan apa kata mula ganti dengan mengunyah kacang badam yang tinggi dengan magnesium dalam membantu mengekalkan otot dan sistem saraf anda.

3. Tomato

Ramai yang tak suka makan tomato tetapi percayalah ia baik untuk kesihatan anda kerana ia mempunyai antioksida yang melindungi lelaki daripada kanser prostat.

4. Beri Biru

Seperti mana tomato, beri biru juga baik untuk lelaki dalam mencegah kanser prostat malah membantu anda mengurangkan berat badan.

5. Kentang

Kentang sebenarnya kaya dengan potasium berbanding sebiji pisang selain ia membantu memberi tenaga kerana kandungan karbohidrat di dalamnya terutamanya kepada anda yang gemar melakukan aktiviti lasak.

Tomato, Beri Biru

Artikel Lain