suria

Ayam boleh tahan selama setahun dalam peti sejuk, tapi anda perlu tahu 3 perkara penting ini dulu!

Ayam beku boleh bertahan sehingga setahun sekiranya ia dibungkus dengan betul.

SEBELUM bulan puasa pasti ramai daripada kita membeli pelbagai bahan segar seperti sayur-sayuran, telur, ikan dan ayam bagi memudahkan penyediaan makanan ketika sahur mahupun waktu berbuka puasa.

Namun ramai antara kita menyangka setiap makanan yang disejuk beku akan bertahan buat selamanya selagi ia disimpan dalam peti ais.

Sebenarnya terdapat jangka hayat untuk sesuatu bahan basah itu jika ia disimpan dalam peti sejuk dan panduan ini dapat membantu anda pada masa hadapan.

Berapa lama ayam dapat bertahan dalam peti sejuk beku?

Menurut Ketua Chef Hello Fresh, Claudia Sidoti, ayam boleh disimpan dalam peti sejuk beku sehingga setahun manakala bahagian daging yang dipotong boleh bertahan sehingga sembilan bulan.

Ayam yang dibungkus dalam plastik kedap udara adalah lebih baik.

Ini bermakna, sekiranya ayam itu dipotong menjadi bahagian kecil ia mengurangkan jangka hayatnya sebanyak tiga bulan.

Perlukah ayam dibungkus dalam cara tertentu bagi menjaga kesegaran?

Kaedah paling sesuai untuk membungkus ayam adalah menggunakan bungkusan kedap udara atau menggunakan plastik biasa namun pastikan ia tidak mempunyai udara sebelum di simpan.

Selain itu cuba tandakan bungkusan itu dengan tarikh ia mula disimpan bagi membolehkan anda menyemak tempoh ayam itu berada dalam peti sejuk beku.

Namun kata Claudia, walaupun ayam boleh bertahan selama setahun namun rasanya tidak akan segar apabila ia disimpan terlalu lama. - Eat This 

Ayam

Artikel Lain