suria

Raih pahala bulan Muharam... Hayati kelebihan puasa Tasu’a, Asyura hujung minggu ini

Besar ganjaran pahala jika menggandakan ibadat pada bulan Muharam. -Gambar hiasan AI

MUHARAM menjadi salah satu bulan yang sangat mulia dalam Islam selepas Ramadan. 

Turut dikenali sebagai 'bulan Allah', ia menjadi permulaan bagi tahun Hijrah kalendar Islam. 

Menariknya pada 2025, dua tarikh penting ini jatuh pada hujung minggu iaitu tanggal 5 dan 6 Julai,  bersamaan dengan 9 dan 10 Muharam 1447 Hijrah.

Mengikut kalendar Hijrah, tarikh 5 Julai (Sabtu) yang bersamaan dengan 9 Muharam dikenali sebagai Hari Tasu'a.

Manakala 6 Julai (Ahad) merupakan 10 Muharam adalah Hari Asyura.

Kelebihan puasa Tasu’a & Asyura

1. Menghapus dosa setahun

Rasulullah SAW bersabda bahawa puasa Asyura diharap dapat menghapus dosa-dosa kecil selama setahun yang lalu. (Hadis Riwayat Muslim)

2. Sunah yang sangat dianjurkan

Ia termasuk dalam sunnah muakkadah iaitu amalan sunat yang amat dituntut dan sangat dijaga oleh Nabi SAW. (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Amalan para nabi terdahulu

Puasa Asyura sudah diamalkan sejak zaman sebelum Islam termasuk oleh kaum Quraisy, menandakan ia warisan tauhid yang agung.

Selain berpuasa, umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan ini, antaranya:

1. Membaca al-Quran dan berzikir

2. Solat sunat seperti Tahajud dan Duha

3. Bersedekah, terutama kepada anak yatim

4. Bertaubat dan bermuhasabah diri

5. Menjalin silaturahim dan berbuat baik sesama manusia

Puasa sunat Tasu’a dan Asyura bukan sekadar ibadah biasa, tetapi satu sunah Rasulullah SAW yang dijanjikan banyak kelebihan dan ganjaran.

Jangan lepaskan peluang besar untuk menyucikan diri dan menambah pahala dengan berpuasa pada Sabtu dan Ahad ini. 

Artikel Lain