suria

Mustajabnya berdoa 3-4 minit sebelum waktu berbuka puasa... Masa terbaik tadah tangan mohon kepada Allah

Jangan lepaskan peluang untuk berdoa pada waktu mustajab sepanjang Ramadan. -Gambar hiasan

KEDATANGAN bulan suci Ramadan sememangnya dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia.

Selama sebulan kita berpuasa, terdapat beberapa waktu mustajab untuk kita memanjatkan doa pada yang Maha Esa.

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar, beberapa minit sebelum berbuka puasa merupakan antara waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

"Siapa yang ada permintaan kepada Allah, maka dia boleh banyakkan (doa) dalam bulan Ramadan. Ulang-ulang dalam bulan Ramadan, terutamanya pada waktu yang mustajab.

"Disebutkan nabi ialah sebelum berbuka. Tiga ke empat minit sebelum berbuka puasa, semua berdoa kerana Allah menjadikan umat Nabi Muhammad ni doa dia Allah tak tolak.

"Apatah lagi apabila bulan puasa, tambah lagi sebelum berbuka. Tu waktu yang mustajab. Duduk di rumah, duduk depan lauk tu pakat berdoa. Nak berdoa sendirian tak apa, nak berdoa ramai-ramai pun tak apa," ujarnya.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk sentiasa berdoa sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak.” [Riwayat Ibn Majah]

United in prayer: Muslim taking part in evening mass prayers known as ‘Terawih’ to welcome the holy fasting month of Ramadan at the The National Mosque  in Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Allah menjanjikan pelbagai ganjaran buat umat Islam sepanjang bulan mulia ini. -Gambar hiasan

Menurut Maktabah Al Bakri pula, sepertiga malam terakhir juga merupakan waktu yang mustajab untuk kita berdoa.

Diriwayatkan daripada Abu hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Setiap malam rahmat Tuhan kita turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: ‘Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku nescaya Aku akan memberinya, sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku nescaya Aku akan mengampuninya’ [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Hari Jumaat juga merupakan waktu yang mustajab untuk kita memanjatkan doa kepada Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mana lebih penting, qada solat fardu atau ‘kejar’ ibadat sunat? Ini penjelasan lengkap agar anda tidak keliru

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang mana tidaklah seseorang muslim itu berada di dalam waktu itu dalam keadaan dia berdiri menunaikan solat dan meminta (berdoa) kepada Allah akan kebaikan, melainkan Dia akan menerima (permintaannya).” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa buah hadis yang menceritakan tentang keistimewaan Ramadan.

Daripada Abdullah ‘Amr berkata bahawa Nabi bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. [Riwayat Ibn Majah][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadis ini adalah hasan]

A man praying at the Sultan Mizan mosque in Putrajaya during a lunch break while waiting for Zohor prayer on the 10th day of Ramadhan, Tuesday, July 8, 2014. RAJA FAISAL HISHAN / The Star.

Waktu sebelum berbuka puasa merupakan waktu mustajab untuk berdoa. -Gambar hiasan

Daripada Abu Hurairah berkata bahawa Nabi bersabda:

Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. [Riwayat Ibn Majah][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadis ini adalah hasan]

Daripada Abdullah ‘Amr berkata bahawa beliau mendengar Nabi bersabda:

Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”. [Lihat: Musnad Abi Daud al-Thoyalisi]

Melihat kepada hadis-hadis ini, kita mengetahui bahawa doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah.

Ini kerana, orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana mereka berpuasa kerana Allah.

Tambahan pula, Allah amat suka kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa memohon kepadanya dalam apa jua keadaan.

Untuk itu, kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah perlu mengambil kesempatan ini dalam mengecapi tawaran yang berharga ini.

Kesimpulannya, doa orang yang berpuasa adalah mustajab.

Jadi, marilah sama-sama kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah terutama di bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemulian ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain