suria

Anak tak sah taraf muncul selepas 25 tahun, tagih kasih ibu... Ustazah Asma' perjelas status hubungan, takut kahwin adik-beradik sendiri

Ustazah Asma' menjelaskan hukum anak tak sah taraf.

SUDAHLAH dirogol ayah sendiri ketika usia 14 tahun sehingga melahirkan seorang anak lelaki, perkahwinan wanita yang dikenali sebagai Siti ini pula diuji dengan penceraian.

Selepas bertahun bersabar menghadapi setiap ujian yang menimpa, dia bertemu jodoh dengan seorang duda anak tiga yang bekerja dalam jabatan sama.

Di saat mengecapi bahagia, dia sekali lagi diuji.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Azhar Idrus perjelas isu suami dayus biar doktor lelaki sambut bayi - “Bab berubat ini ada kadar-kadarnya”

Anak lelaki berusia 25 tahun hasil daripada perbuatan sumbang mahram bapa kandungnya sendiri tiba-tiba hadir menagih kasih sayang daripadanya.

Malah pada masa sama Siti bimbang anak lelaki itu secara tidak sengaja menjalinkan hubungan cinta dengan zuriat perempuannya kerana saling tidak mengenali.

Demikian serba ringkas luahan Siti kepada pendakwah bebas Ustazah Asma' Harun kerana ingin mengetahui tentang hukum anak tak sah taraf dan hubungan dengan anak-anaknya hasil perkahwinan yang sah.

Ujar Asma' Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang ke-57 membincangkan mengenai anak tak sah taraf dan memutuskan dua perkara.

Sebahagian luahan Puan Siti yang dikongsikan Ustazah Asma'.

Sebahagian luahan Siti yang dikongsikan Ustazah Asma'.

"Pertamanya, anak tak sah taraf adalah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

"Anak dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh)," katanya.

Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan, ia tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam.

Kini, sumbang mahram dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Tambah Asma', hukum melakukan zina adalah haram dan ia dosa paling besar serta sangat keji selepas dosa syirik mahupun membunuh.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan dosanya).” (Surah al- Furqaan: 68)

Anak lelaki yang sudah berusia 25 tahun hadir menagih kasih Puan Siti. - Gambar hiasan

Anak lelaki yang sudah berusia 25 tahun hadir menagih kasih Siti. - Gambar hiasan

Menjelaskan mengenainya Asma' berkata, zina adalah dosa yang paling besar dan sangat keji maka jika ia berlaku dengan mahram sendiri maka ia terlebih keji dan hina.

"Berbalik kepada status nasab anak yang terhasil daripada sumbang mahram, kita perlu fahami dahulu definisi zina dan definisi anak tidak sah taraf di alam syarak khususnya dalam Mazhab Syafie.

"Anak tak sah taraf itu adalah anak yang dilahirkan oleh ibunya dengan hubungan (persetubuhan) yang tidak syar’i ataupun anak hasil hubungan yang haram," katanya.

Oleh itu, daripada dua takrifan berkenaan dapat difahami bahawa anak yang terhasil melalui sumbang mahram adalah termasuk dalam kategori anak tidak sah taraf.

Maka status anak tidak sah taraf adalah tiada pertalian nasab dengan ayah zina serta tidak boleh 'bin' kepada ayah zina.

Hal ini demikian kerana nasab anak tak sah taraf hanya bersambung dengan ibunya yang mana dia hanya boleh 'bin' kepada ibunya sahaja.

Malah nafkah bagi anak tidak sah taraf ini adalah atas tanggungan ibunya kerana hubungan keduanya adalah sah di sisi Islam.

Bagi status anak tak sah taraf dengan adik-beradik perempuannya, mereka adalah adik-beradik seibu dan dilarang untuk berkahwin sesama mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain