suria

Suami pilih untuk curang selepas 20 tahun kahwin, miliki 8 orang anak... Pendakwah nasihat hati-hati bergaul takut berakhir malapetaka

Kecurangan boleh berlaku sekiranya pasangan tidak menjaga tingkah laku dengan baik.

BUKA sahaja mana-mana platform media sosial, pasti kita terhidang dengan keluhan suami isteri tentang pergolakan dan kepincangan rumah tangga.

Selain berpunca daripada masalah kewangan, isu kecurangan antara yang paling banyak dikongsikan.

Meskipun seakan membuka aib sendiri, namun luahan sebegitu dapat meredakan hati pasangan yang berduka lara di samping memberi pengajaran kepada yang lainnya.

Seperti perkongsian pendakwah bebas, ustazah Asma' Harun, seorang isteri yang sudah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun dan mempunyai lapan cahaya mata tampil meluahkan pergolakan yang dialami selepas suami mengakui mempunyai wanita lain.

Antara yang diceritakan, permulaan hubungan antara suami dan wanita terbabit adalah berlandaskan niat untuk menolong, namun tidak menyangka akan timbul perasaan sayang.

Pun begitu, dikatakan bahawa si suami merupakan seorang yang menjaga batas pergaulan.

Mengulas mengenai situasi berkenaan, Asma' berkata, ujian rumah tangga bermula saat sah sebuah ikatan suami isteri sehingga ke akhir hayat kerana ia tidak bermusim tetapi sentiasa ada.

ARTIKEL BERKAITAN: September bulan paling ‘meriah’ kes curang, zina berleluasa sehingga digelar ‘seks-tember’ - Kajian

Ia juga berkemungkinan berpunca daripada pasangan, anak, ibu bapa, mentua dan lain-lain.

Isteri orang ditangkap khalwat bersama lelaki warga Bangladesh.

Isteri orang ditangkap khalwat bersama lelaki warga Bangladesh.

"Apa yang dilalui oleh sahabat ini amat menguji hati, namun beliau seorang yang kuat kerana mampu bertahan dan memilih untuk mencari hikmah di sebalik ujian hebat ini.

"Lagi-lagi ketika usia perkahwinan sudah pun 20 tahun, mempunyai lapan cahaya mata... mereka saling menyayangi tetapi timbul perasaan suami cinta terhadap wanita lain," ujarnya.

Menyifatkan tindakan yang wajar dicontohi, ujar pendakwah bebas itu, wanita tersebut berjaya mengawal situasi dan emosi dengan memberi pertimbangan kepada suami dalam membuat keputusan serta melihat ujian ini sebagai hikmah yang disediakan oleh Allah SWT kepada beliau sekeluarga.

Ujian ini bertujuan menguatkan hambaNya dengan dua perkara iaitu agar sentiasa meletakkan pergantungan yang tinggi hanya kepada Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.

Bermula dengan bual kosong, kemudian saling berkongsi cerita lalu timbul rasa selesa.

USTAZAH ASMA' HARUN

Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka peroleh kejayaan." (Surah al-Baqarah: 186)

Dalam pada itu, pendakwah berkenaan turut mengakui bahawa ramai yang berkongsikan masalah kekeluargaan seperti kes curang suami isteri, sumbang mahram, dera, dadah dan pornografi.

"Kerap kali perkara begini berlaku di belakang pasangan sama ada di tempat kerja, ketika sedang berurusan, tidak menjaga pandangan, terlalu bebas batas pergaulan.

"Bermula dengan bual kosong, kemudian saling berkongsi cerita lalu timbul rasa selesa, maka berakhir dengan malapetaka seperti yang dilarang agama.

"Jika benar cinta, ia bukan pada ketika kamu suka dan bahagia sahaja, tetapi tetap sama walau sedang dalam ujian, derita dan terluka. Siang berganti malam, hujan berganti panas, cinta juga boleh berganti benci, saat hati sedang dilanda badai yang tak bertepi," jelas beliau.

Malah katanya, ramai pasangan bahagia dan setia itu bukan kerana banyak melalui detik bahagia dan gembira, tetapi kerana berjaya menempuh satu demi satu ujian dan derita.

Sebab itulah lidah sangat penting dijaga, walau pelbagai ayat yang terbuku ingin dihemburkan, namun tetap ditahan dan itulah satu kemenangan.

Firman Allah SWT "Dan bergaullah dengan mereka (pasangan) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (Surah An-Nisa': 19)

Pesanan kasih sayang buat semua pasangan, usaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan apa jua masalah rumah tangga dengan cara terbaik dan penuh kasih sayang.

Tidak semua orang sekeliling bersimpati dengan nasib yang menimpa, ada yang turut merasa hiba, ada juga yang turut menambah racun perasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain