suria

Belia Malaysia tak suka pakai kondom, mengaku tengok ‘porn’ untuk belajar seks... Ini realiti pengetahuan seksual anak muda kita!

Tinjauan mendapati 42 peratus belia lebih suka seks tanpa kondom. -Foto Freepik

MEMANDANGKAN aktiviti seksual dalam kalangan belia di Malaysia semakin meningkat, Durex memperkenalkan sebuah platform dikenali sebagai Akademi Durex untuk menyampaikan maklumat serta fakta yang tepat tentang topik tersebut.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan pada 2022, purata umur Gen Z yang mempunyai pengalaman pertama melakukan persetubuhan adalah di antara umur 15 hingga 22 tahun.

Lebih membimbangkan, 31 peratus daripada warga Gen Z tidak tahu bahawa seorang wanita boleh hamil daripada melakukan hubungan seks pada kali pertama.

Berikut merupakan 16 dapatan daripada tinjauan berkenaan:

1. Sebanyak 35.4 peratus belia Malaysia pernah melakukan hubungan seksual. Angka pada 2016 ialah 18.8 peratus.

2. Dalam kalangan mereka yang melakukan hubungan seks, 62 peratus melakukan hubungan seks buat kali pertama pada usia 22 tahun atau lebih muda. Angka pada 2016 adalah pada 42 peratus.

3. Didapati 40 peratus pernah merasa tertekan untuk melakukan hubungan seks sebelum ini.

4. 60 peratus memilih artikel dalam talian, filem atau video sebagai pilihan mereka untuk belajar tentang seks.

Durex Academy 3

Akademi Durex menjadi platform selamat supaya Malaysia boleh belajar dan memperoleh maklumat serta fakta tepat mengenai kesihatan seksual.

5. 31 peratus tidak tahu bahawa seorang wanita boleh hamil pada kali pertama dia melakukan hubungan seks. Angka pada 2016 ialah 35 peratus.

6. 35 peratus percaya bahawa dua kondom pada masa yang sama adalah lebih baik daripada satu.

7. 22 peratus salah percaya bahawa nyamuk boleh menyebarkan STI. Angka itu pada tahun 2016 ialah 18.3 peratus.

8. 23 peratus berpendapat HIV boleh berjangkit melalui tempat duduk tandas. Angka itu berada pada 10 peratus pada 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara besarkan zakar tanpa kaedah pelik, tak perlu urut atau guna pam... Hasilnya memang kencang!

9. 16 peratus percaya bahawa ianya memalukan untuk mendapatkan ujian STI dan lebih suka tidak diuji.

10. Hampir 40 peratus percaya mitos bahawa STI hanya berjangkit melalui seks penetratif.

11. 41 peratus percaya bahawa onani tidak baik untuk kesihatan.

12. Lebih daripada 50 peratus belia percaya lelaki yang membawa kondom dilihat sebagai bertanggungjawab, sedangkan wanita yang membawanya dianggap mahu melakukan hubungan seksual.

13. Lebih satu daripada lima belia pernah menghantar mesej berbaur seks seperti teks provokatif atau foto lucah.

close-up-couple-holding-hands-bed

60 peratus memilih artikel dalam talian, filem atau video sebagai pilihan mereka untuk belajar tentang seks. -Foto Freepik

14. Satu dalam 20 wanita Malaysia pernah mengalami kehamilan yang tidak diingini sebelum ini.

15. 60 peratus menganggap seks itu menyeronokkan tetapi satu daripada empat mendapati seks pertama mereka menyakitkan.

16. 42 peratus belia lebih suka seks tanpa kondom.

Dapatan ini mendorong Durex melancarkan kempen #COMETOGETHER yang fokusnya membantu warga belia Malaysia untuk bercakap dan belajar tentang hubungan seks melalui platform yang selamat serta menggalakkan perbincangan tanpa rasa gentar atau stigma.

Dengan objektif sama, Akademi Durex mahu menangani hasil tinjauan tersebut dengan membahagikannya kepada modul pembelajaran yang meliputi tiga sukatan pelajaran utama.

Topik-topik dalam sukatan pelajaran ini membincangkan Sex-101, yang menekankan asas keintiman, #ComeTogether Prepared, yang menegaskan kepentingan perlindungan dan penyakit kelamin (STI).

Selain itu ada juga Pillow Talk yang berkisar tentang kepentingan untuk belajar dan melengkapi diri dengan maklumat yang tepat dan juga Outercourse yang menyelami topik tentang persetujuan dan batasan.

Khusus buat pelajar kolej dan universiti, Akademi Durex akan menganjurkan bengkel-bengkel dengan kerjasama SPOT Malaysia, iaitu penyedia pendidikan keseksualan secara komprehensif bagi membantu belia menjadi yakin dan bingkas dalam membuat keputusan yang tepat untuk kesejahteraan peribadi mereka.

Bengkel pendidikan kesejahteraan intim ini meliputi pelbagai subjek seperti persetujuan dan autonomi badan; pencegahan penyakit kelamin (STI); anatomi reproduktif; kemahiran komunikasi dan hubungan; dan kemahiran asas tentang pencegahan kehamilan.

Durex yang juga jenama kesejahteraan seksual komited dalam menyokong pengetahuan penjagaan kesihatan reproduktif yang lebih luas.

Mereka juga sentiasa berusaha meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan perlindungan ke seluruh dunia melalui penubuhan inisiatif kesihatan seksual yang efektif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain