DALAM lembut, luar rangup! Kombinasi tekstur daging lembut yang dibalut dengan kulit popia rangup menjadikan hidangan Sate Bhalut oleh penyanyi Mark Adam menjadi bualan ramai. Namun, ada pula pelanggan yang mempertikaikan harganya memandangkan set tiga cucuk sate termasuk minuman dijual pada harga RM21.90. Menurut seorang pengguna TikTok dikenali sebgaai Raysha91, dia berjaya melakukan penjimatan selepas menghasilkan Sate Bhalut versi sendiri. "Sate Bhalut viral aku nak buat sendiri. Bahan-bahan mudah saja, kau beli je la sate yang dah siap. Lepas tu beli kulit popia dan cheese. Anda juga boleh meletakkan kepingan keju dalam balutan sate itu. "Korang balut la, ikut suka nak tebal atau nipis. Aku memang suka cheese, jadi aku letakkan cheese. Lepas tu goreng tak perlu lama, pastikan minyak banyak," ujarnya dalam video itu. Menurut wanita itu, dia cuma membelanjakan RM38 untuk 30 cucuk sate, RM8 bagi membeli kulit popia dan RM10 untuk keju. Cara-cara 1. Jika anda mahu menjimatkan masa, boleh saja beli sate yang sudah siap. 2. Kemudian, hamparkan kulit popia dan letakkan sate serta kepingan keju. 3. Balut sate dengan kulit popia, goreng dalam minyak panas. 4. Siap untuk dihidang dan boleh dicicah bersama kuah kacang!