suria

Penerbangan transit di Timur Tengah... Kenapa pelancong perlu berwaspada, tangguh perjalanan?

Orang ramai perlu berwaspada dengan konflik global sebelum melancong ke luar negara. -Gambar hiasan

BANYAK syarikat penerbangan membatalkan perjalanan yang melibatkan ruang udara Timur Tengah susulan konflik antara Israel dan Iran.

Menurut BBC, Lapangan Terbang Doha di Qatar yang merupakan hab penting di rantau itu, menghentikan operasi mereka pada Isnin.

Keputusan dibuat selepas Iran melancarkan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara berkenaan.

Penerbangan di Lapangan Terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut dihentikan buat sementara waktu.

Adakah selamat untuk kita bercuti ke luar negara pada waktu seperti ini?

Kebanyakan kawasan di Eropah, Asia Tenggara, Asia Timur, Australia dan Amerika Utara masih dianggap selamat untuk perjalanan antarabangsa.

Elak melancong ke kawasan konflik bagi menghindari sebarang risiko. -Gambar hiasan AI

Lapangan terbang dan syarikat penerbangan utama masih beroperasi seperti biasa di luar zon konflik.

Jika penerbangan anda tidak melalui Timur Tengah dan kawasan konflik, anda mungkin tidak menghadapi masalah walaupun ada kemungkinan berlaku kelewatan atau perubahan laluan.

Perlu berwaspada

Jika penerbangan anda transit melalui Timur Tengah (terutamanya Doha, Dubai atau Abu Dhabi), anda perlu bersedia untuk:

1. Kemungkinan perubahan laluan.

2. Masa penerbangan yang lebih lama.

3. Kelewatan atau pembatalan penerbangan.

4. Insurans mungkin tidak melindungi gangguan berkaitan perang, jadi semak polisi anda dengan teliti.

Elakkan perjalanan jika:

1. Laluan anda melibatkan penerbangan merentasi atau berhampiran Iran, Iraq, Israel, Lubnan, Syria atau Jordan.

2. Kerajaan negara anda telah mengeluarkan amaran “Jangan Melancong” ke destinasi tersebut.

3. Anda tidak selesa dengan perubahan atau gangguan saat akhir

 

Artikel Lain