BAGI golongan muda yang baru melangkah ke alam kerja, keinginan untuk melancong tetap wujud walaupun kemampuan kewangan masih terhad.
Dalam fasa ini, gaji permulaan mungkin masih rendah namun itu bukan penghalang untuk merancang percutian bajet yang menyeronokkan.
Dengan perancangan yang bijak, sesiapa sahaja boleh menikmati pengalaman melancong tanpa perlu menunggu sehingga kewangan benar-benar stabil.
1. Destinasi lokal
Tak perlu terus ke Eropah atau Jepun. Mulakan perjalanan anda ke destinasi tempatan seperti Langkawi, Ipoh, Kundasang atau Pulau Redang.
Dengan kos yang tidak begitu tinggi, anda masih dapat menikmati panorama indah dan makanan sedap.
Jika mahu ke luar negara, mulakan dengan destinasi terdekat seperti Thailand, Indonesia atau Vietnam.
2. Travel ketika ‘low season’
Harga tiket penerbangan dan hotel ketika off-peak season sebenarnya lebih murah.
Elak melancong ketika musim cuti sekolah atau cuti perayaan besar.
Selain dapat berjimat, tempat yang anda lawati pun tak terlalu sesak dengan kehadiran pelancong.
Banyak destinasi dalam negara yang boleh dilawati sebelum anda meneroka dunia luar. -Gambar hiasan AI
3. Cari tiket murah
Guna aplikasi seperti Skyscanner, Traveloka atau Google Flights untuk membuat perbandingan harga tiket.
4. Cari geng
Percutian solo biasanya lebih mahal kerana anda perlu menanggung semua kos sendirian.
Namun, kos dapat dikurangkan jika anda melancong berdua atau berkumpulan.
Contohnya bayaran hotel RM1,000, namun anda hanya perlu bayar RM500 jika pergi bercuti berdua.
Selain itu, anda juga boleh berkongsi kos sewa kereta, makan dan sebagainya.
5. Penginapan mesra dompet
Anda tidak perlu menginap di hotel mahal ketika melancong.
Ini kerana banyak masa akan dihabiskan untuk berjalan dan anda hanya pulang ke hotel untuk tidur.
Untuk opsyen lebih murah, boleh menginap di inap desa atau hostel.