suria

Hotel terbaik untuk tonton konsert di Bukit Jalil! Ini 13 sebab kenapa perlu menginap di Hyatt Place

Hyatt Place Kuala Lumpur paling strategik untuk mereka yang mahu menonton konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil.

HYATT Place Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada September lalu merupakan hotel antarabangsa pertama yang dibuka di Bukit Jalil.

Dengan lokasinya yang strategik, hotel ini merupakan pilihan terbaik buat mereka yang mahu mencari penginapan selesa dan unik.

Berikut mStar kongsikan 13 sebab kenapa Hyatt Place Kuala Lumpur di Bukit Jalil wajar dimasukkan dalam 'wishlist' anda:

Members+save+more!+Book+now+and+enjoy+an+exclusive+rate+starting+from+just+RM+290++per+room+per+night.+Limited+Rooms,+Unlimited+Convenience+–+offer+valid+for+stay+from+now+until+31+October+2023.Click+the+li

Ruangan dalam bilik yang selesa buat anda dan keluarga.

1.Lokasi hotel ini dekat dengan Stadium Nasional Bukit Jalil, sekali gus menjadikan ia hotel terbaik untuk mereka yang mahu menonton konsert dan menyaksikan kejohanan sukan.

2. Perjalanan dari hotel ini ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah hanya mengambil masa 30 minit.

3. Untuk ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur pula, perjalanan dari hotel ini hanya mengambil masa 45 minit.

file6foseylme8n5sgjnafb

Hyatt Place terletak tidak jauh dari Stadium Nasional Bukit Jalil.

4. Hotel ini juga terletak berdekatan Stesen LRT Awan Besar.

5. Hotel ini dihubungkan dengan pusat beli belah terbesar Malaysia iaitu Pavilion Bukit Jalil, paling penting jaraknya 'walking distance' saja!

6. Memiliki ketinggian 15 tingkat, hotel ini menawarkan rangkaian 250 bilik yang selesa, sesuai untuk inapan ketika bercuti bersama teman atau keluarga.

7. Terdapat 12 unit bilik yang mempunyai balkoni.

8. Hotel ini turut menawarkan aneka makanan dalam dan luar negara untuk dinikmati sepanjang masa. Jika mahu mencari kelainan, banyak kafe serta restoran tersedia di sekitar kawasan itu.

hp

Kolam renang dan gim terletak di tingkat paling atas hotel ini.

9. Hyatt Place Kuala Lumpur turut menawarkan jaringan Wi-Fi percuma buat pengunjungnya.

10. Bagi mereka yang mementingkan gaya hidup berkualiti, hotel ini menawarkan ruangan untuk yoga serta gim 24 jam dengan pelbagai kelengkapan.

11. Jamu mata anda dengan panorama menarik sambil beriadah di kolam renang yang terletak di puncak hotel.

12. Syarikat, organisasi atau mana-mana kumpulan, boleh memilih hotel ini untuk pelbagai program kerana ia menyediakan empat bilik mesyuarat yang luas dan serba lengkap.

13. Untuk acara berskala lebih besar, hotel ini mempunyai Wira Ballroom dengan skrin HD LED gergasi, siling tinggi dan mampu memuatkan sehingga 270 tetamu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain