suria

Tak salah berangan, B40 pun boleh travel luar negara! Ini panduan mudah kumpul duit demi percutian idaman

Setiap orang boleh bercuti ke luar negara dengan perancangan betul.

BERCUTI ke luar negara sememangnya memakan perbelanjaan yang besar.

Namun ia tidak mustahil jika kita berjaya menguruskan kewangan dengan cara yang betul.

Bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti golongan B40, langkah-langkah bagi merancang percutian oleh Ayu Hasman ini boleh dijadikan panduan.

Cara dikongsikan ini memudahkan orang ramai membuat simpanan duit untuk travel.

Rancang destinasi dan aktiviti percutian sebelum membuat simpanan. -Gambar hiasan

1. Letak target untuk destinasi percutian

Lokasi percutian luar negara adalah mengikut impian masing-masing.

Ambil tahu juga tentang nilai mata wang.

2. Lakukan kajian mengenai tempat percutian diingini

Kaji tentang destinasi yang ingin dituju, ambil tahu tentang keadaan di lokasi berkenaan.

Namun harus diingat, jangan ambil jadual perjalanan orang lain di Internet dan tiru bulat-bulat.

Ini kerana keinginan setiap pengembara adalah berbeza-beza.

3. Set bajet selepas siap senaraikan aktiviti

Bajet setiap orang adalah berbeza mengikut jadual perjalanan yang telah dirancangkan.

Jadi jangan tiru jadual perjalanan orang lain.

Krabi merupakan antara destinasi percutian pilihan rakyat Malaysia.

4. Tetapkan jangkaan tarikh untuk travel

Mengambil contoh destinasi ke Krabi, Thailand, harga tiket penerbangan biasanya adalah sekitar RM400.

Harga bagi penginapan di hotel pula sekitar RM300. Jadi anggaran kasar kos percutian adalah lebih kurang RM700.

Sekiranya menyimpan RM100 sebulan, anda boleh tetapkan tarikh untuk travel pada bulan kelapan atau seterusnya.

Bagaimanapun, untuk merasai percutian lebih selesa, boleh meletakkan tempoh selama 10 bulan untuk mengumpul duit poket.

5. Beli tiket sekiranya dijual pada harga lebih rendah atau dalam promosi

Harga tiket berubah dan tidak kekal lama dengan harga sama.

Dalam pada itu, Ayu turut menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya melangsaikan hutang sebelum merancang percutian.

Sekiranya bajet percutian adalah sedikit, adalah lebih baik untuk bercuti di dalam negara sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain