suria

Balai Seni Negara dibuka semula... Karya ‘Roti Gardenia’ ketika PKP antara jadi perhatian

Balai Seni Negara kembali dibuka kepada orang ramai dengan pelbagai pameran terbaharu.

SEJAK ditutup pada Ogos 2020 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian ruang galeri serta bumbung utama, Balai Seni Negara kini kembali dibuka kepada orang awam.

Bagi meraikan pembukaan semula galeri, Balai Seni Negara membawakan pelbagai pameran menarik termasuk NUSA iaitu pameran koleksi Tetap Seni Visual Negara yang melibatkan lima buah galeri iaitu Galeri Reka, Tun Razak, 2A, 2B dan 3B.

Sebanyak 466 buah karya dipamerkan yang mengetengahkan naratif sejarah dan mitos, persoalan dan pencarian hal identiti, idea, cadangan yang terhasil selain membawa kepada pembentukan representasi Tenggara yang ingin diketengahkan dalam pameran ini melalui Koleksi Negara.

The National Art Gallery (NAG) is undergoing renovations which started in November last year before it is fully reopen in 2022.

Balai Seni Negara ditutup buat sementara sejak Ogos 2020.

Selain pameran tetap, terdapat pelbagai pameran yang menanti peminat seni visual termasukalah Pameran Single yang mempamerkan karya Anti Panic Buying oleh Syafiq Nordin.

Karya itu mengetengahkan idea 'Roti Gardenia' berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan situasi di luar jangkaan sehingga berlakunya pembelian panik dalam kalangan masyarakat seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa bayaran, Muzium Kesenian Islam Malaysia anjur banyak aktiviti menarik hujung minggu ini

Balai Seni Negara turut mengetengahkan seni foto bersempena pembukaan semula itu dengan pameran Fotoseni di Galeri Potret yang bermatlamat untuk menelusuri perkembangan seni foto secara am dan penggunaannya dalam pengkaryaan seni kontemporari yang ditampilkan menerusi Koleksi Seni Visual Negara yang dihimpun sejak 1963 sehingga 2021.

289397077_396664625832426_4312334923505458229_n

Bagi peminat seni digital pula, pameran Walking Through a Songline anjuran National Museum of Australia dengan kerjasama Mosster Studio dipamerkan di ruang Galeri 3A.

Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad berkata, naratif dan cerita NUSA dalam pameran tetap diharap dapat meperluaskan ufuk pandang pelawat terhadap etos masyarakat Malaysia di Asia Tenggara.

Balai Seni Negara kata Amerrudin adalah destinasi indah untuk membiarkan imaginasi seseorang kembali meneroka dan menginspirasi untuk ilham dan idea-idea terbaharu.

Pembukaan semula Balai Seni Negara dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri baru-baru ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain