suria

Wah! Individu lengkap 2 dos vaksin di negeri Fasa 2 PPN ditawar pakej menarik staycation di Lexis Hotel Group

Lexis Hibiscus di Port Dickson mengalu-alukan kehadiran pengunjung di negeri Fasa 2 PPN yang telah lengkap dua dos vaksin.

PADA 26 Ogos lalu kerajaan mengumumkan kelonggaran SOP bagi yang sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 untuk penduduk di Negeri Sembilan yang beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sehubungan itu Lexis Hotel Group mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang sudah melengkapkan suntikan vaksin untuk menginap di hotel dan resort di Port Dickson.

ARTIKEL BERKAITAN: Putrajaya lebih indah, unik dan mesra pengunjung! Berbasikal atau bersiar-siar jalan kaki, banyak lokasi ‘best’ anda boleh terokai

Ini juga sejajar dengan pembukaan Lexis Suites Penang kepada penduduk di Pulau Pinang yang sudah melengkapkan vaksin dengan pengumuman fasa kedua PPN di negeri itu sejak 10 Ogos lalu.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel dan resort Lexis hanya dibuka kepada pekerja essential namun bermula 26 Ogos lalu, ia dibuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang memenuhi syarat dan kriteria berikut.

Lexis Hibiscus Merdeka Staycation Flyer

Pakej perucitan di Lexis Hibiscus di Port Dickson.

1. Semua petugas barisan hadapan

2. Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI

3. Warganegara Malaysia dan asing yang sudah lengkap vaksin (negeri Fasa 2)

Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) - individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau

2. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) - individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

3. Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukakan sebagai bukti

Lexis Suites Penang Merdeka Staycation Flyer

Lexis Suite Penang turut mengadakan pelbagai promosi bersempena kemerdekaan.

4. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.

Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang telah lengkap vaksin:

1. Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard

2. Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan

3. Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional

4. Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort

5. Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa

6. Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan

Grand Lexis Port Dickson Merdeka Staycation Flyer Vertical

Merdeka Staycation akan berlangsung sehingga 30 September 2021.

Promosi Merdeka Staycation

Penduduk tempatan di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin, boleh menikmati percutian penginapan di Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Suites Penang, dengan harga yang berpatutan dengan promosi Merdeka Staycation sehingga 30 September tahun ini.

“Keluarga dan individu-individu yang lengkap divaksin boleh meraih kegembiraan percutian bersama orang yang tersayang, sambil menikmati kolam renang peribadi mereka sendiri, di hotel-hotel dan resort kami. Tawaran terbaru kami adalah cara kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam mendapatkan vaksin,” kata Presiden Lexis Hotel Group Mandy Chew Siok Cheng,

Individu-individu yang berminat dengan promosi ini, boleh hubungi: Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Penang: [email protected]/ 011-31376550 (WhatsApp), Grand Lexis Port Dickson: [email protected]/ +06-653 2200

Promosi ini tertakluk dengan terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web hotel dan resort Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Suites Penang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain