suria

Awas! Jangan buang boarding pass, ada risiko menanti... lebih selamat bakar saja

Ramai sering berkongsi pas masuk mereka di media sosial.

SUDAH menjadi kebiasaan sebaik tiba ke destinasi ditujui, rata-rata di antara kita akan membuang pas masuk pesawat (boarding pass) begitu saja.

Walaupun perbuatan ini kelihatan biasa, tapi ia sebenarnya amat membahayakan.

Tahukah anda boarding pass tidak hanya menyimpan maklumat berkaitan penumpang semata-mata tetapi lebih daripada itu.

Ternyata boarding pass mengandungi data tambahan yang berisiko digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Dengan menggunakan nombor tempahan yang sama, maklumat seperti nombor telefon dan alamat rumah boleh diperolehi sekelip mata.

Bukan itu saja, penukaran tempat duduk, pembatalan penerbangan, penukaran nombor PIN dan maklumat perjalanan juga boleh dinyahkod menerusi satu laman web menggunakan nama dan barkod yang tertera pada boarding pass.

Ramai di antara kita memandang remeh soal boarding pass.

Selain itu, maklumat lain seperti nombor telefon kenalan dan individu yang membantu membuat tempahan juga terdedah kepada bahaya.

Paling ditakuti, anda juga mungkin berdepan kepada ancaman tuduhan palsu yang menyebabkan dihalang menaiki pesawat dan disoalsiasat.

Untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku, anda dinasihatkan supaya mengoyakkan boarding pass tersebut kepada helaian kecil.

Kalau nak lagi selamat, bakar sajalah.

Bagi anda yang gemar memuat naik gambar boarding pass sebelum berlepas di media sosial, hentikanlah tabiat itu demi keselamatan anda! - ABC123

pas masuk, boarding pass, pesawat

Artikel Lain