suria

Tak semua airport selesa, mesra pelanggan... Ini 10 lapangan terbang paling teruk dan menghampakan di dunia

Lapangan terbang yang selesa sangat penting memamdangkan penumpang perlu menunggu lama sebelum menaiki pesawat.

PERNAH berdepan pengalaman buruk di Lapangan Terbang Newark Liberty tahun lalu? Kalau ya, anda tidak berkeseorangan menurut ranking terbaharu yang dikeluarkan.

Lapangan terbang yang terletak di New Jersey itu tergolong antara lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS) yang paling menghampakan.

Lapangan terbang Newark menduduki tangga ke-116 dunia yang didorong masalah berkaitan cuaca.

Ia berdasarkan rating 2019 yang dikeluarkan AirHelp.

AirHelp adalah organisasi yang mengkhususkan hak penumpang dan tuntutan pampasan dalam kes berkaitan pembatalan dan penangguhan penerbangan.

Namun tidak semua lapangan di AS menyediakan perkhidmatan teruk. Ini dibuktikan menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta yang menduduki ranking 34 daripada 132 dunia.

Kedudukan ranking itu ditentukan dengan mengambil kira tiga faktor utama iaitu ketepatan, kualiti perkhidmatan dan pilihan membeli-belah serta makanan.

Menduduki tangga teratas adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo.

Namun isu kesesakan masih menjadi masalah utama di lapangan terbang utama kerana industri penerbangan berdepan peningkatan dalam pelancongan global.

BERIKUT adalah 10 senarai lapangan terbang paling menghampakan pada tahun ini.

123. Lapangan Terbang Gatwick London, United Kingdom (LGW)

124. Lapangan Terbang Billy Bishop Toronto City, Kanada (YTZ)

125. Lapangan Terbang Porto, Portugal (OPO)

126. Lapangan Terbang Orly Paris, Perancis (ORY)

127. Lapangan Terbang Manchester, United Kingdom (MAN)

128. Lapangan Terbang Antarabangsa Malta, Malta (MLA)

129. Lapangan Terbang Antarabangsa Henri Coanda, Romania (OTP)

130. Lapangan Terbang Eindhoven, Belanda (EIN)

131. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait, Kuwait (KWI)

132. Lapangan Terbang Lisbon Portela, Portugal (LIS)

10 Lapangan Terbang Terbaik 2019:

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Qatar (DOH)

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Jepun (HND)

3. Lapangan Terbang Antarabangsa Athens, Greece (ATH)

4. Lapangan Terbang Antarabangsa Afonso Pena, Brazil (CWB)

5. Lapangan Terbang Gdansk Lech Wałęsa, Poland (GDN)

6. Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Rusia (SVO)

7. Lapangan Terbang Changi, Singapore (SIN)

8. Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi, India (HYD)

9. Lapangan Terbang Utara Tenerife, Sepanyol (TFN)

10. Lapangan Terbang Antarabangsa Viracopos/Campinas, Brazil (VCP)

- Bloomberg

Lapangan Terbang Terbaik

Artikel Lain