suria

Kempen 'Gila-Gila Raya' Traveloka tawar diskaun tambang, penginapan... kemas pakaian anda sekarang!

Traveloka kembali dengan kempen tawaran 'Gila-Gila Raya' sehingga 31 Mei ini.

SEMPENA cuti sekolah dan Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi pasti ada antara kita yang masih tercari-cari tiket penerbangan pulang ke kampung pada saat akhir.

Bagi yang bekerja di Semenanjung Malaysia dan kampung pula di Sabah mahupun Sarawak, anda pasti tidak senang duduk tiap kali bila tiba musim perayaan.

Manakan tidaknya kos untuk pulang ke kampung sahaja sudah menelan belanja besar, jadi anda perlu membeli tiket lebih awal, sekurang-kurangnya dapatlah tiket pada harga murah.

Namun usah bimbang bagi anda yang belum berkesempatan untuk berbuat demikian kerana Traveloka kembali dengan kempen tawaran 'Gila-Gila Raya' sehingga 31 Mei ini.

Menurut Pengurus Traveloka untuk Malaysia dan Singapura Halif Hamzah, kempen yang bermula sejak 20 Mei lalu itu bertujuan untuk menyatukan keluarga dan juga sahabat handai semasa sambutan Syawal di seluruh dunia dengan tawaran terbaik.

Perjalanan bersama keluarga lebih mudah dengan Traveloka.

Jelasnya lagi, tawaran itu bukan sahaja diperkenalkan kepada mereka yang ingin balik beraya di kampung tetapi individu yang berhasrat untuk melancong semasa cuti musim perayaan itu dengan kos jauh lebih murah.

"Hari Raya adalah sambutan yang diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan. Kami di Traveloka mahu berkongsi momen gembira bersama menerusi kempen tawaran 'Gila-gila Raya' kepada sesiapa sahaja bagi memulakan detik indah bersama teman yang hebat.

"Selain itu, Traveloka juga mahu menjadikan perjalanan lebih berpatutan semasa musim perayaan ini. Ia juga memberi peluang kepada anda dan juga teman sepejabat untuk melancong dan mengukir memori bersama. Lagipun rakan sekerja juga boleh dianggap sebagai keluarga," katanya.

Bagi penerbangan domestik, nikmati potongan 8 peratus sehingga RM80 dengan transaksi minima RM400 untuk dua penumpang dan ke atas.

Sementara itu, anda juga berpeluang menikmati potongan 5 peratus sehingga RM120 bagi transaksi minima RM500 untuk dua penumpang dan ke atas.

Anda juga tidak perlu bimbang memikirkan tempat penginapan kerana Traveloka menawarkan hotel pada kadar terbaik dan nikmati 10 peratus sehingga RM70 bagi transaksi minima RM150 setiap bilik.

Tawaran hebat sempena Aidilfitri boleh diperolehi sehingga 31 Mei ini.

Sebagai langkah penjimatan, anda juga boleh membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan bersama yang membolehkan anda menikmati potongan 8 peratus sehingga RM100 dengan transaksi minimum RM600.

Nikmati potongan diskaun 20 peratus sehingga RM30 bagi transaksi minima RM60 untuk tempahan perjalanan pergi dan balik dari lapangan terbang lebih awal.

Sementara itu, anda juga boleh menyemak aktiviti dan pelbagai tempat menarik menerusi platform Traveloka Xperience termasuk potongan 15 peratus sehingga RM70 untuk percutian domestik dan potongan 15 peratus sehingga RM90 untuk lokasi antarabangsa kecuali Australia (terhad kepada 150 kupon sahaja).

Waktu amat terhad. Jadi kemas pakaian anda dan terokai dunia dengan tawaran hebat Traveloka sempena musim perayaan ini.

Tempahan boleh dibuat menerusi semua platform Traveloka termasuk aplikasi dan laman web.

Artikel Lain