Rozita berkongsi pengalaman menguruskan suaminya di hospital kerajaan di China. - Foto Instagram bondarozitaibrahim
USAHAWAN, Rozita Ibrahim baru-baru ini berkongsi detik cemas apabila suaminya, Aidiamin Ahmad terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas di China.Pengasas produk kecantikan berkenaan mengakui situasi yang dihadapinya itu bukan kali pertama kerana dia pernah menguruskan ahli keluarga sakit di beberapa buah negara lain antaranya Turkiye, Indonesia, Singapura, Australia, United Kingdom (UK), China dan Arab Saudi. Menurutnya, pengalaman di London yang amat mengecewakan kerana hospital di sana meminta bayaran dahulu sebelum memberikan rawatan, di samping layanan yang dianggap kasar dan tidak mesra.Sebaliknya, beliau memuji sistem penjagaan kesihatan di China yang dianggap sangat canggih dan mesra pengguna."Saya terkesima. Di China, orang kaya pun memilih hospital kerajaan berbanding swasta. Hospital awam dibahagikan kepada tiga gred iaitu Gred A (bandar elit), B (kawasan pertengahan) dan C (pedalaman)."Hospital swasta pula dikenali dengan caj yang mahal dan reputasi yang tidak begitu baik,” kongsinya di Instargam.Rozita memaklumkan perkhidmatan hospital kerajaan di China terlalu mengagumkan. -Foto Instagram bondarozitaibrahimRozita turut berkongsi beberapa kelebihan sistem kesihatan China yang disifatkan sangat efisien.- Tiada penggunaan manusia secara langsung dalam urusan pendaftaran.- Jururawat hanya ambil pasport sebelum pesakit diberi kod QR.- Ujian darah dilakukan sendiri melalui mesin, dan keputusan terus dihantar ke doktor.- Doktor akan terus tentukan rawatan seperti CT scan, jika perlu.- Keputusan scan boleh diperolehi dalam tempoh enam jam.- Ubat dibayar dan diambil melalui sistem automatik.- Pembayaran dibuat selepas semua proses selesai.- Doktor sangat ramai dan sistem amat pantas dengan urusan boleh selesai dalam masa dua jam.- Terdapat pemilihan doktor mengikut agama seperti doktor muslim untuk pesakit beragama Islam.Menurut Rozita, hospital kerajaan di China bersaiz besar, 'super' mewah, dan landskapnya setanding hospital swasta di Singapura.Kecekapan dan sistematiknya penjagaan kesihatan di sana membuatkan beliau kagum dan menjadikan pengalaman itu sebagai sesuatu yang wajar dikongsi kepada masyarakat.