AMD: "Jangan sampai kerajaan perlu bayar lagi sekali" - Sukan | mStar

AMD: "Jangan sampai kerajaan perlu bayar lagi sekali"

Syed Saddiq membuat lawatan mengejut ke AMD minggu lalu.

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyambut positif maklum balas yang diberikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai permasalahan yang timbul di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD), Gambang.

Jelas Syed Saddiq, pihaknya akan memantau perkembangan ini.

"Belum sampai enam bulan tetapi kecacaran dah lebih 800 direkodkan.

"Kita kena proaktif dalam memastikan segala kerosakan dan kecacatan dibetulkan.

"Jangan sampai kerajaan perlu bayar lagi sekali untuk membetulkan keadaan," jelasnya di laman Twitter pada Selasa.

Artikel berkaitan: Syed Saddiq buat lawatan mengejut ke AMD, kesan banyak kerosakan

Pada Isnin, JKR membuat penjelasan bahawa segala kerosakan yang timbul di AMD adalah tanggungjawab kontraktor MMN Bina Sdn Bhd secara kontrak reka dan bina pada 2 Disember 2015 denga harga RM81,832,000.

"Ekoran beberapa isu pembinaan, tempoh kontrak asal telah dilanjutkan selama tiga bulan, namun gagal untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh yang ditetapkan.

"Denda dikenakan Gantirugi Tertentu & Gantirugi Ditetapkan (LAD) selama 56 hari.

"Secara keseluruhan kerja telah disiapkan secara praktikal pada 30 Mac.

"Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) projek ini selama 24 bulan bermula 31 Mac 2018 hingga 31 Mac 2020.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap kontraktor sejajar dengan peruntukan terma-terma kontrak," jelas JKR.

Artikel berkaitan: “PPBN jadi ‘guinea pig’”

Sementara itu, Pengarah Kanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Safirul Abu Bakar berkata, projek membaik pulih AMD tidak mengganggu pelatih-pelatihnya.

"Proses baik pulih telah dijalankan sejak April lalu dan pelatih tetap menjalani latihan seperti biasa," ujarnya kepada mStar Online.

AMD , Gambang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rooney 'back up' Mourinho

Artikel Berkaitan

Artikel Lain