suria

Anugerah Ballon d'Or 2018, saingan sengit!

PAUL Pogba dan Harry Kane antara 11 bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam senarai 30 calon Anugerah Ballon d'Or tahun ini selain Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Luka Modric.

Mohamed Salah turut tersenarai selepas mempamerkan aksi luar biasa bersama Liverpool apabila meledak 32 gol dan membantu pasukan itu mara ke final Liga Juara-Juara.

Rakan pasukan Salah, Alison, Roberto Firmino dan Sadio Mane juga akan merebut gelaran berprestij itu.

Pogba, Hugo Lloris dan N'Golo Kante juga tercalon dengan pemenang Kasut Emas, Kane akan bersaing bagi kategori tersebut.

Eden Hazard yang diundi sebagai pemain kedua terbaik pada Piala Dunia dan prestasi cemerlangnya ketika ini membantu mengesahkan tiketnya dalam kelompok 30 pemain tercalon bagi anugerah tersebut.

Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne melengkapkan senarai calon pemain EPL.

Calon pilihan Luka Modric mempunyai peluang untuk menamatkan dominasi Messi-Ronaldo selepas mempamerkan musim cemerlang tahun ini.

Real Madrid mempunyai lapan calon untuk bersaing merebut anugerah itu.

Luka Modric.

Selain Modric, Karim Benzema, Gareth Bale, Thiabut Courtois, Isco, Marcelo, Sergio Ramos dan Raphael Varane juga tersenarai.

Pemenang bagi anugerah berprestij yang dianjurkan majalah France Football ini akan diumumkan pada 3 Disember depan.

Buat pertama kali, anugerah Ballon d'Or bagi kategori wanita turut dipertandingkan pada tahun ini dengan calon-calonnya akan diumumkan lewat Selasa.

Turut dipertandingkan buat pertama kali adalah bagi anugerah bawah 21 tahun yang akan menerima trofi Kopa dengan penyerang Perancis dan Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe antara calon pilihan.

Anugerah Ballon d'Or yang pertama kali dimenangi pemain dari Inggeris, Stanley Matthews pada 1956 diputuskan dalam undian di kalangan wartawan di seluruh dunia.

10 calon pertama Ballon d'Or:

Sergio Aguero

Alisson Becker

Gareth Bale

Karim Benzema

Edinson Cavani

Thibaut Courtois

Cristiano Ronaldo

Kevin De Bruyne

Roberto Firmino

Diego Godin

Ballon d'Or

Artikel Sebelum

Artikel Lain