suria

Bale sertai senarai pendek Ballon d'Or, jadi saingan Ronaldo, Messi

Gareth Bale. Foto AFP

PEMAIN Real Madrid, Gareth Bale akan bersaing dengan bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo susulan pengumuman senarai pendek bagi Anugerah Ballon d'Or 2018.

FIFA pada Isnin mengeluarkan senarai pendek penuh membariskan 30 pemain dengan lima bintang dan Bale merupakan antara tersenarai dalam kumpulan pertama.

Sergio Aguero, penjaga gawang Liverpool, Alisson Becker; penyerang Madrid, Karim Benzema dan pemain Paris Saint-Germain, Edinson Cavni menyempurnakan lima nama yang pertama.

Nama-nama yang dikeluarkan dalam susunan abjad tetapi Cristiano Ronaldo membentuk sebahagian daripada gelombang kedua dan ia adalah nama yang terdiri daripada kumpulan yang menyenaraikan Thibaut Courtois dan Kevin De Bruyne.

Pemain Liverpool kelahiran Brazil, Roberto Firmino memperoleh tempat dalam senarai kedua yang dikeluarkan dengan pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin menyempurnakan 10 nama pertama.

Anugerah tersebut didominasi Lionel Messi dan Ronaldo sejak 2008, masing-masing memperoleh lima anugerah, tetapi dengan pencapaian yang mengagumkan Luka Modric pada musim ini menyaksikan dia berkemungkinan merampas anugerah itu, sekali gus memecah dua dominasi itu.

Ballon d'Or merupakan penghormatan individu dalam bola sepak yang dapat dicapai seorang pemain dan acara anugerah tahun ini bakal berlangsung di Paris, 3 Disember ini. - Mail Online

Artikel Lain