suria

SAM Perkenal Anugerah Siebel

Trofi Anugerah Siebel (kiri) dan Atlet Terbaik yang bakal diraih pemenang Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 PLUS 2015.

PETALING JAYA: Edisi ketujuh Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus menampilkan beberapa kelainan menjelang majlis yang bakal berlangsung pada 13 April ini.

Anugerah SAM-100Plus yang dianjurkan sejak 2009 ini adalah acara tahunan tunggal bagi menghargai hasil kerja yang dicurahkan wartawan sukan tanah air.

Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa  berkata, majlis pengiktirafan wartawan-wartawan sukan tahun ini bakal menyaksikan perubahan bagi anugerah  utama.

“Kami mengambil keputusan untuk menamakan Anugerah Siebel bagi menggantikan Anugerah Utama Kewartawanan Sukan sebagai penghormatan kepada presiden yang pertama yang juga pengasas persatuan ini iaitu mendiang Norman Siebel.

“Selain itu, buat pertama kalinya, majlis anugerah bakal berlangsung pada sebelah malam berbanding sebelum ini.

“Kebiasaannya kita lihat majlis anugerah-anugerah berprestij yang lama berlangsung pada sebelah malam, dan kita juga mahu menjadikan Anugerah SAM ini acara yang besar,” jelasnya pada sidang media, Selasa.

Ahmad Khawari Isa (tengah) bersama Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Baverage Marketing Cariessa Goh (kiri) menunjukkan trofi yang diperkenalkan untuk Anugerah SAM 2015 pada sidang media, Isnin. Turut hadir Pengurus Pemasaran 100 PLUS Leong Wai Yin (kanan). 

Dalam pada itu, sebanyak 240 pencalonan diterima bagi enam kategori yang menyaksikan kategori Fotografi Terbaik mendapat penyertaan tertinggi.

“Seperti biasa, lima pencalonan daripada setiap  kategori akan disenarai pendek dan mendapat RM500.

“Manakala pemenang setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi, manakala RM7,000 bagi Anugerah Siebel,” tambahnya.

Enam kategori yang dipertandingkan adalah Laporan berita Terbaik (media cetak), Laporan Berita Terbaik (media Elektronik, Ulasan berita Terbaik (media cetak), Ulasan Berita Terbaik (media elektronik), Laporan Khas Terbaik (media cetak/eletronik) dan Fotografi Sukan Terbaik.

Dalam pada itu, seramai lima atlet disenarai pendek untuk menerima Anugerah Atlet Terbaik SAM berdasarkan pencapaian tahun lalu,

Antara lima atlet yang berjaya berada dalam senarai akhir pencalonan ialah  jaguh badminton negara Datuk Lee Chong We, ratu skuasy tanah air Datul Nicol David, bintang terjun Pandelela Rinong, Loh Jack Chang (wushu) serta Mohd Al-Jufferi Jamari (pencak silat).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir pada majis yang bakal berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya Rabu depan.

Anugerah Siebel, SAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain