suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejayaan Khairul Idham Membanggakan - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Khairul Idham Pawi sebagai pelumba Malaysia pertama yang memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina merupakan kejayaan yang membanggakan.

"Tahniah Khairul Idham Pawi mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama menang Kejohanan #ArgentinaGP kategori Moto3.Kejayaan yang membanggakan," kata perdana menteri dalam laman Twitter beliau pada Isnin.

Pelumba berusia 17 tahun dari pasukan Honda Team Asia ini mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo.

Pelumba Sepanyol, Jorge Navarro yang mewakili pasukan Estrella Galicia 0,0 Honda dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan catatan 42'1.622 saat dan 42'5.512 saat.

Najib turut melahirkan rasa kagum dengan semangat seorang lagi penunggang Malaysia, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team yang menduduki tangga ke-11 walaupun terjatuh di selekoh akhir perlumbaan.

"Walaupun jatuh ketika bersaing untuk tempat kedua, tetap bangkit dan tamatkan perlumbaan di tempat ke-11 #ArgentinaGP," kata beliau.

Kemenangan ini menyaksikan Khairul Idham memungut 25 mata untuk berada di tempat keempat sementara Adam kekal di tangga ke-19 dengan lima mata selepas pusingan kedua kejohanan.

Artikel Lain