suria

Karier Bersama England Belum Berakhir - Rooney

Wayne Rooney.

BINTANG Manchester United, Wayne Ronney menegaskan kariernya bersama England masih belum berakhir walaupun prestasi beberapa pencabarnya amat memberangsangkan pada ketika ini.

Malah, Rooney berkata beliau masih berupaya mewakili England untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Kapten England itu terpaksa diketepikan akibat kecederaan lutut sejak Februari lalu dan menyaksikan rakan pasukannya dalam skuad The Three Lions, Harry Kane dan Jamie Vardy mendapat tempat pada aksi Euro 2016.

Kedua-dua pemain itu masing-masing menjaringkan gol ketika menundukkan Jerman 3-2 pada aksi persahabatan antarabangsa minggu lalu.

Malah, Vardy yang juga pemain Leicester menjaringkan gol tunggal England ketika tewas kepada Belanda pada Selasa lalu.

Kane pula kini menduduki carta teratas senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 22 gol manakala Vardy merekodkan 19 gol.

Tahap kecergasan Rooney kini menyebabkan kedudukannya dalam skuad utama England untuk aksi di Perancis pada musim ini masih menjadi teka-teki.

Namun pemain berusia 30 tahun itu yakin beliau masih berupaya mempamerkan prestasi terbaiknya.

"Saya rasa masih boleh beraksi bersama beberapa tahun lagi bersama England.

"Saya akan cuba membantu pasukan mencatat kemenangan dan jika saya boleh menjaringkan gol, maka itu lebih menakjubkan.

"Prestasi sepanjang dua tahun bersama England amat cemerlang, saya menjaringkan banyak gol," katanya.

Rooney pernah menjaringkan empat gol pada untuk England pada aksi Euro 2004 sebelum bergelut dengan kecederaan metatarsal.


Wayne Rooney, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain