suria

PPBN Semakin Popular, Perlukan Undian Untuk Juara

PROGRAM Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) popular selepas skuad Bawah 13 Tahun bimbingan Lim Teong Kim berjaya mencapai kejayaan luar biasa di Eropah pada tahun lalu.

Barisan pemain remaja itu juga disasarkan untuk beraksi dalam saingan Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada 2019 dan berikutan itu kejayaan awal merupakan perkara penting untuk dikecapi.

Kejayaan pasukan berkenaan turut mendapat sambutan baik daripada seluruh rakyat negara ini yang mengidamkan satu perubahan dalam bola sepak negara yang mampu mencipta kejayaan pada masa depan.

Berikutan itu sempena Anugerah Pilihan Online APO2016 anjuran mStar Online dan Suria fm, PPBN antara pasukaan yang dicalonkan dalam kategori Pasukan Sukan Pilihan Online.

Selepas berada dalam kelompok lima terbaik bagi pencalonan, PPBN kini memerlukan undi peminat untuk melakar nama sebagai Pasukan Sukan Pilihan Online pada malam anugerah pada 30 April nanti.

Proses pengundian bermula sejak 1 April hingga 27 April depan dan sepanjang tempoh itu undian boleh dibuat setiap hari (sekali sehari) menerusi akaun Facebook, Instagram dan Google di laman web http://apo.mstar.com.my/utama.aspx


PPBN, NFDP, KBC

Artikel Lain