suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Antonio Conte Bertemu Chelsea, Lengkapkan Kontrak

BAKAL Ketua Jurulatih Chelsea, Antonio Conte tiba di London untuk melengkapkan kontraknya sebelum menyertai kelab itu selepas aksi Euro 2016.

Jurulatih skuad Itali itu akan mengambil alih tugas Guus Hiddink selepas dia bersetuju untuk ke Stamford Bridge ketika bertemu wakil Chelsea pada Februari lalu.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 46 tahun itu dilapor ingin menyemak setiap terma kontrak berkenaan sebelum memberi pertujuan rasmi.

Chelsea sebelum ini runsing untuk mendapatkan jurulatih bagi jangka masa panjang selepas memecat Jose Mourinho pada Disember lalu.

Namun hasil usaha orang kepercayaan Roman Abramovich iaitu  Michael Emenalo, Marina Granovskaia dan Eugene Tenenbaum, kelab berkenaan menemui jalan penyelesaian.

Conte sifatkan sebagai pintu untuk mengeluarkan Chelsea daripada masalahnya selepas timbul masalah disiplin di kalangan beberapa pemain bertaraf bintang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain