suria

Gol Martial Catat Sejarah, Bawa Kemenangan Man United

Anthony Martial
GOL tunggal Anthony Martial membawa kemenangan 1-0 Manchester United ke atas Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, di Stadium Old Trafford, awal pagi Isnin.

Kemenangan ini membawa United naik ke kedudukan kelima dengan 53 mata, sementara Everton di posisi ke-12 dengan 38 mata.

Satu-satunya gol tercipta pada minit ke-54, menerusi aksi Anthony Martial yang mengambil umpan pemain ganti Fosu Mensah dari sisi kanan.

Martial meledakkan gol dari dalam kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gawang.

Sementara itu gol Martial menerima pujian daripada Juan Mata yang percaya dia memiliki kemampuan penting untuk mencipta gol.

“Sejak hari pertama Martial berlatih, saya berasa dia adalah orang yang memiliki kemampuan istimewa,” kata Mata kepada laman web rasmi kelab.

Katanya, Martial memiliki segalanya untuk berjaya dalam bola sepak dan bersama United.

Martial dipuji sebagai pemain yang pantas dan mampu menyumbat masuk gol. Dia diyakini dapat mengatasi pemain lain secara berperingkat.


“Saya senang bermain dengan Martial kerana kami faham satu sama lain," katanya.

Gol tersebut menjadi gol kelapan Martial daripada 25 penampilan di Liga Perdana Inggeris dan menjadi gol ke 1,000 di Old Trafford sejak 1992.
Anthony Martial, Juan Mata

Artikel Berikut

Artikel Lain