suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Djokovic Raih Gelaran Keenam Terbuka Miami

Novak Djokovic
PEMAIN tenis dari Serbia, Novak Djokovic menjuarai kejohanan tenis Terbuka Miami apabila mengalahkan pemain Jepun, Kei Nishikori dalam pusingan akhir yang berlangsung di Florida, awal pagi Isnin.

Kemenangan 6-3, 6-4 ke atas Nishikori itu sekali gus menyaksikan dia meraih gelaran ke-63 sepanjang kariernya.

Pemain berusia 28 tahun itu mengambil masa 85 minit untuk menewaskan Nishikori di gelanggang Key Biscayne.

Kemenangan Djokovic itu juga menyamai rekod yang dicatatkan pemain tenis Amerika, Andre Agassi sebagai pemenang Terbuka Miami sebanyak enam kali selepas memenanginya pada 2007, 2011, 2012, 2014 dan 2015.

Djokovic membawa pulang hadiah wang tunai AS$1,028 juta dan menjadi pemenang wang tunai terbanyak sepanjang sejarah pertandingan tenis.

"Ia merupakan persembahan terbaik saya dalam kejohanan ini.

"Ia datang pada masa yang tepat apabila saya berdepan pemain yang hebat," katanya.

Sementara itu Nishikori berkata perlawanan ini adalah satu perlawanan yang sukar bagi dirinya.

"Bermain dengan Novak sentiasa menjadi satu cabaran besar bagi saya."

"Dia telah bermain dengan hebat. Sebab itu saya tidak dapat bermain seperti yang saya mahukan,"kata Nishikori.

"Servis saya tidak menjadi. Ia adalah memalukan kerana dia mampu mengembalikannya dan saya berdepan  banyak tekanan dengan pukulan servis saya. Dia bermain dengan baik dan saya boleh bermain dengan lebih baik."

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain