suria

GP Bahrain: Rosberg Rangkul Juara Kali Kelima Berturut-Turut

PELUMBA pasukan Mercedes Nico Rosberg mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu musim ini dengan menjuarai perlumbaan pusingan kedua Formula Satu Grand Prix Bahrin di Litar Sakhir, awal pagi Isnin.

Kemenangan ini melengkap trofi kejuaraan kelima Rosberg berturut-turut sejak kejayaan di GP Mexico, GP Brazil dan Bahrain hujung tahun lalu serta di Melbourne pada pusingan pembukaan 2016 bulan lalu.

Pemandu kelahiran Jerman itu mencatat masa terpantas 1:33:34.696 saat di depan pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen (+10.282s), manakala rakan sepasukannya, Hamilton menamatkan saingan di tempat ketiga.

Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull berada di tempat keempat diekori rapat oleh Romain Grosjean yang berlumba untuk  pasukan baharu musim ini, Haas.

Pada aksi perlumbaan penuh drama itu, kemenangan yang diraih Rosberg ini bukannya mudah memandangkan Raikkonen sentiasa mencari peluang untuk memintasnya, namun pelumba Mercedes itu bijak mengatur strategi untuk terus mengetuai perlumbaan.

Sebelum itu, Hamilton nyaris terkeluar daripada saingan selepas 'bersentuh' dengan pelumba Williams, Valtteri Bottas pada lap pertama di Turn 1, namun juara bertahan dunia itu bangkit menerusi aksi dan mengekalkan podium untuk tempat ketiga.

Selain itu, seorang lagi pelumba Ferrari, Sebastian Vettel gagal memulakan perlumbaan gara-gara jenteranya mengalami masalah.

Senarai penuh keputusan perlumbaan Grand Prix Bahrain.

1NICO ROSBERG MERCEDES 1:33:34.696

2KIMI RÄIKKÖNEN FERRARI+10.282s18

3LEWIS HAMILTON MERCEDES+30.148s

4DANIEL RICCIARDO RED BULL RACING+62.494s

5ROMAIN GROSJEAN HAAS+78.299s

6MAX VERSTAPPEN TORO ROSSO+80.929s

7DANIIL KVYAT RED BULL RACING+1 lap

8FELIPE MASSA WILLIAMS+1 lap

9VALTTERI BOTTAS WILLIAMS+1 lap

10STOFFEL VANDOORNEBELMCLAREN+1 lap

11KEVIN MAGNUSSENDENRENAULT+1 lap

12MARCUS ERICSSONSWESAUBER+1 lap

13PASCAL WEHRLEINGERMANOR+1 lap0

14FELIPE NASRBRASAUBER+1 lap0

15NICO HULKENBERGGERFORCE INDIA+1 lap

16SERGIO PEREZMEXFORCE INDIA+1 lap

17RIO HARYANTO MANOR+1 lap 

Nico Rosberg, F1

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain