suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amiruddin Bidas Pengurusan Stadium Shah Alam

KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan bola sepak Liga Super Selangor, Amirudin Shari membidas badan pengurusan Stadium Shah Alam kerana gagal menyiapkan kerja-kerja baik pulih padang stadium berkenaan seperti yang telah ditetapkan.

Amirudin, yang juga Exco Sukan Negeri, berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana proses baik pulih itu bermula sejak penghujung Disember lepas.

"Mengambil kira risiko kecederaan pemain, FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor) terpaksa akur dengan keputusan FMLLP untuk meminda perlawanan antara Selangor dan Kedah pada Selasa ini ke Stadium Selayang," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Semalam, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengumumkan Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan untuk perlawanan antara Selangor dan Kedah kerana permukaan padang belum pulih sepenuhnya.

FMLLP merupakan syarikat swasta yang mengendalikan Liga Malaysia musim ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata pemegang pas bermusim FAS 2016 masih boleh menggunakan pas berkenaan untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Selayang, Selasa ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain