suria

"Saya Mungkin Bukan Lagi Pengurus Man United Musim Depan" - Van Gaal

Louis van Gaal.

PENGURUS Manchester United, Louis Van Gaal kini mengakui beliau tidak akan terus mempertahankan kedudukannya di Old Trafford pada musim depan.

Van Gaal berada dalam keadaan tertekan musim ini selepas Red Devils gagal memperbaiki kedudukan untuk mengisi kelompok empat teratas seperti musim lalu.

United kini berada di tangga keenam dengan mengutip 50 mata berbekalan dengan hanya lapan perlawanan dalam tangan.

Kedudukan itu menipiskan peluang United untuk merampas kelompok empat pasukan teratas untuk mengisi slot ke aksi Liga Juara-Juara musim depan.

Dan ini merupakan kali pertama Van Gaal mengakui gagal memulihkan prestasi tidak menentu United.

"Saya fikir lembaga pengarah perlu menilai selepas keputusan musim ini, apa yang perlu mereka lakukan.

"Saya tidak boleh membuat sebarang ramalan apabila saya tidak mengetahui faktanya. Pertama sekali anda perlu melihat kepada fakta, itu yang sentiasa saya katakan.

"Keputusan, gelaran juara dan kedudukan slot ke Liga Juara-Juara, anda hanya boleh katakan pada hujung musim.

"Saya seorang yang rasional. Saya tahu pengurus Manchester United perlu memenangi sesuatu tapi saya masih berusaha ke arah itu," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain