suria

Sukan Para ASEAN: Hisham Akhiri Penantian 10 Tahun

SINGAPURA: Mohd Hisham Khaironi menamatkan penantian 10 tahun merangkul pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) apabila menjuarai acara merejam lembing F12/13 (masalah penglihatan) pada edisi kelapan temasya itu di sini pada Sabtu.

Kali terakhir atlet olahraga paralimpik negara itu memenangi pingat emas acara berkenaan adalah pada APG 2005 di Manila, Filipina.

Mohd Hisham meraih emas selepas melakukan rejaman sejauh 47.64 meter, jauh meninggalkan I Nyoman Oka dari Indonesia di tempat kedua dan atlet Thailand,Boonsri Phichai yang memenangi gangsa, selepas masing-masing mencatat 37.87m dan37.81m.

Mohd Hisham, 36, hanya meraih pingat perak pada edisi terdahulu di Myanmar serta Thailand pada 2007, dan tidak mengambil bahagian dalam acara tersebut pada 2009 di Kuala Lumpur dan 2011 di Indonesia.

"Memang rezeki saya menang emas hari ini kerana sasa ran saya untuk melakukan rejaman sejauh 50 meter. Saya berterima kasih kepada pelbagai pihak yang membantu saya mencapai kejayaan ini.

"Tanpa sokongan mereka terutama keluarga, saya tidak mungkin mencapai kejayaan ini. Saya berkahwin dulu pun menggunakan wang yang saya menang daripada sukan," kata bapa kepada empat anak itu ketika ditemui Bernama di Stadium Nasional di sini.

Mohd Hisham turut meraih pingat emas acara 100m pada 2009, selain pingat perak acara 100m dan 200m pada 2007. Sementara itu, skuad olahraga negara turut meraih dua lagi pingat emas dalamacara lompat jauh lelaki F37/38 (serebrum palsi) dan lontar peluru wanita F11/12 (masalah penglihatan).

Amir Firdaus Jamaluddin meraih pingat emas acara lompat jauh selepas mencatat lompatan terbaik peribadinya sejauh 5.09 meter, berbanding 4.9 meter sebelum ini.

Pingat perak dan gangsa acara itu, masing-masing dimenangi Phan Dinh Duong(4.65m) dan Nguyen Huu Thinh (4.43m), kedua-duanya dari Vietnam. -

"Saya memang yakin menang emas ini. Saya gembira dan berasa berdebar selepas mencatat lompatan lebih 5 meter," kata Amir Firdaus. Pingat emas acara lontar peluru wanita pula disumbangkan oleh Hemala Devi Eni Kutty yang melakukan lontaran sejauh 10.24 meter, menewaskan Dayang Nor Hensan Awang Mataha dari Brunei yang mencatat lontaran sejauh 8.16m untuk meraih perak.

Pingat gangsa pula milik Nguyen Thi Chin dari Vietnam yang mencatat lontaransejauh 7.01 meter. -Bernama

Artikel Lain