suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Malaysia: Sebanyak 80 CCTV Pantau Perlawanan Selangor-Pahang

SHAH ALAM: Sebanyak 80 kamera litar tertutup dipasang dilokasi strategik di Stadium Shah Alam bagi memantau perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dan Pahang. 

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Mohamed Azmin Ali berkata selain itu pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama pihak polis juga akan meningkatkan kawalan keselamatan mereka.

"MBSA juga telah memasang 80 kamera litar tertutup di lokasi strategik seluruh stadium dan telah meningkatkan jumlah anggota keselamatan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian para penyokong kedua-dua pasukan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Menteri Besar Selangor itu turut meminta penyokong kedua-dua pasukan tidak terbabit dengan sebarang budaya ganas termasuk membawa barang terlarang seperti suar dan mercun roket. 

"Kerajaan negeri memandang serius insiden keganasan melibatkan segelintir penyokong yang membakar suar dan mercun roket serta bom asap ketika perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi pada 8 September lepas. 

"Kerajaan Negeri menggesa agar budaya ganas ini dihentikan dan tidak menjadi ikutan para penyokong Selangor dan Pahang," katanya. 

Pada perlawanan separuh akhir pertama Rabu lepas, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan gol.-Bernama

Artikel Lain