suria

Man United Intai Lewandowski

Lewandowski menunjukkan angka empat selepas menewskan Real Madrid 4-1 hasil jaringannya.
Lewandowski menunjukkan angka empat selepas menewskan Real Madrid 4-1 hasil jaringannya.
Lewandowski menunjukkan angka empat selepas menewskan Real Madrid 4-1 hasil jaringannya.

MANCHESTER United terus menghantar 'pengintip' bagi mengintai penyerang Borussia Dortmund, Robert Lewandowski.

Lewandowski menjadi tumpuan dunia selepas menjaringkan empat gol kemenangan ketika bertemu Real Madrid pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (CL) pada Khamis.

Dengan menyaksikan prestasi luar biasa tersebut, Man United mula berminat terhadap pemain antarabangsa Poland itu.

Bagaimanapun ia dilaporkan sudah terlewat.

Lewandowski secara jelasnya telah dikaitkan dengan Bayern Munich.

Agen pemain berusia 24 tahun itu telah memaklumkan bahawa perjanjian dengan sebuah kelab (tidak dinamakan) yang sudah bersedia mengikat Lewandowski musim baru nanti.

"Kami telah mencapai persetujuan dengan kelab (Dortmund), dan akan berlaku perubahan pada musim ini.

"Semua perbincangan dengan Dortmund telah dibuat," jelas Maik Barthel.

Pun begitu, pengurus Man United, Sir Alex Ferguson tetap mempunyai keyakinan tinggi bahawa pemain prolifik itu akan berada di pihaknya.

Sebelum ini, Lewandowski telah membuat pengakuan bahawa dia tidak akan menyambung kontraknya dengan Dortmund berdasarkan baki akhir kontrak sehingga 2014.

Tetapi kelab Bundesliga itu yakin Lewandowski akan terus bersama mereka sehingga musim depan.

"Saya tidak rasa bahawa Robert akan pergi dan kami bukanlah orang yang akan melepaskan dia," jelas jurulatih Dortmund, Jurgen Klopp.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain