suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lewandowski Jaring Empat Gol Ke Atas Real Madrid

Lewandowski menjaringkan empat gol untuk Borussia.
Lewandowski menjaringkan empat gol untuk Borussia.
Lewandowski menjaringkan empat gol untuk Borussia.

DORTMUND: Penyerang Poland Robert Lewandowski menjaringkan kesemua gol Borussia Dortmund ketika membelasah kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid 4-1 pada aksi separuh akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

Gol Lewandowski dijaringkan pada minit kelapan, 50, 55 dan menerusi sepakan penalti pada minit ke-66.

Kemenangan tersebut memberi bayangan awal bahawa kelab Jerman itu akan menguasai pentas akhir Liga Juara-Juara musim ini bersama dengan Bayern Munich.

Pada aksi awal pagi Rabu, Barcelona turut menerima nasib sama apabila kecundang di tangan Bayern 0-4 di Allianz Arena, Munich.

Jaringan tunggal Real diperoleh menerusi pemain tonggak, Cristiano Ronaldo.

Real menempah laluan sukar dan mereka perlu memenangi 3-0 di gelanggang sendiri nanti pada pusingan kedua sekiranya ingin melayakkan diri ke aksi final.

Senarai pemain:

Borussia Dortmund: Weidenfeller; Piszczek, Subotic, Hummels, Schmelzer; Bender, Gundogan; Blaszczykowski, Goetze, Reus; Lewandowski. (Pemain gantian: Langerak, Felipe Santana, Leitner, Sahin, Grosskreutz, Schieber.)

Real Madrid: Diego Lopez; Ramos, Varane, Pepe, Coentrao; Alonso, Khedira; Modric, Ozil, Ronaldo; Higuain. (Pemain gantian: Casillas, Albiol, Nacho, Kaka, Callejón, Di Maria, Benzema.)

Artikel Berikut

Artikel Lain