suria

Modric Pasang Impian Pindah ke Old Trafford

Aksi Modric ketika menjaringkan gol pada aksi Liga Juara-Juara bertemu United minggu lalu.
Aksi Modric ketika menjaringkan gol pada aksi Liga Juara-Juara bertemu United minggu lalu.
Aksi Modric ketika menjaringkan gol pada aksi Liga Juara-Juara bertemu United minggu lalu.

SELEPAS membantu mengetepikan Manchester United pada aksi kelompok 16 pasukan Liga Juara-Juara (CL) minggu lalu, pemain tengah Real Madrid, Luka Modric masih mempunyai minat untuk berpindah ke Old Trafford.

Modric menjaringkan gol penting dalam memastikan Real mara ke suku akhir sebelum menang secara agregat 3-2 ke atas United.

Namun pemain antarabangsa Croatia ini tetap memasang impian untuk kembali ke aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama United.

Modric sebelum ini turut menjadi perhatian pengurus United, Sir Alex Ferguson sejak dua musim lalu bagi menggantikan Paul Scholes.

Namun United menghadapi sedikit kesukaran dengan pengerusi Tottenham, Daniel Levy dan dalam masa sama turut mempunyai minat untuk membeli Dimitar Berbatov pada tahun 2008.

Modric sebelum ini beraksi di White Hart Land berpindah ke Real musim lalu, namun gagal memikat hati Jose Mourinho untuk menjadi pemain utama.

Tetapi Modric tidak cepat melatah untuk meninggalkan kelab itu kerana dia yakin impiannya bersama United akan terlaksana.

Ini kerana, Scholes dijangka akan bersara musim ini, Ryan Giggs hanya mempunyai satu musim lagi serta Wayne Rooney dikaitkan dengan kelab PSG dan Bayern Munich selepas tamat musim ini.

Dengan usia 27 tahun, Modric dilihat masih muda dan menjadi perhatian Ferguson sejak tiba di England dari kelab Dynamamo Zagreb pada tahun 2008.

Artikel Lain