Mohd Kaharuddin Dan Siti Munirah Atlet Terbaik UPM Ke-29 - Sukan | mStar

Mohd Kaharuddin Dan Siti Munirah Atlet Terbaik UPM Ke-29

KUALA LUMPUR: Atlet memanah negara Mohd Kaharuddin Ashah dan pemain skuasy Sitii Munirah Jusoh dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-29 di sini, Rabu.

Mohd Kaharuddin, 25, pelajar tahun akhir dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia, merupakan pemenang pingat perak acara compound pada Sukan SEA Indonesia 2011.

Manakala Siti Munirah, pelajar tahun dua dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Penyiaran, meraih emas pada temasya Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Sarawak, April lepas.

Mereka masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan dan sijil yang disampaikan oleh Pro Canselor UPM, Tan Sri Rozali Ismail pada majlis anugerah itu.

Anugerah Tokoh Sukan UPM pula diberikan kepada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman atas pencapaian dan penglibatan beliau dalam bidang sukan UPM. Anugerah 'Pasukan Cemerlang' pula dimenangi oleh pasukan hoki, anugerah 'Pengurus Cemerlang' disandang oleh Mohd Firdaus Abdullah bagi sukan olahraga dan jurulatih hoki Wan Zaharuddin Wan Abdullah memenangi anugerah "Jurulatih Cemerlang'.

Seramai 60 pelajar yang cemerlang dalam sukan UPM telah menerima Anugerah Putra Cemerlang, 31 pelajar bagi kategori Anugerah Penghargaan Setia Bakti dan 17 orang pelajar bagi kategori Anugerah Khas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MTA Adakan Mesyuarat Pertama Rabu Ini

Artikel Berkaitan

Artikel Lain