suria

Skuad Bola Sepak T'Ganu Dipertimbang Diberi Peruntukan Lebih Besar

KUALA TERENGGANU: Skuad bola sepak Terengganu bakal dipertimbangkan untuk diberi peruntukan lebih besar bagi mengharungi kejohanan Piala AFC 2011 dan Liga Malaysia musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat berkata, pihaknya telah meminta Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) supaya menyediakan kertas kerja berhubung perkara itu.

"Insya-Allah kerajaan negeri bersedia menimbang bajet yang akan dipohon oleh PBSNT," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian anugerah dan insentif PBSNT di sini.

Beliau berkata, PBSNT mungkin akan berbelanja lebih besar tahun depan kerana akan menghantar skuad mereka bermain di luar negara seperti Vietnam, Hong Kong dan Singapura untuk pertandingan Piala AFC.

Terengganu selaku juara Piala FA 2011 diundi dalam Kumpulan F bersama pasukan Kitchee (Hong Kong), Tampines Rovers (Sngapura) dan Song Lam (Vietnam).

Satu lagi pasukan yang mewakili Malaysia ialah Kelantan selaku Juara Liga Super 2011 yang diundi dalam Kumpulan H.

Rozi berkata, peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM3 juta semusim kepada PBSNT adalah tidak mencukupi untuk mereka menghadapi Piala AFC dan Liga Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain