Kesibukan Sebagai Atlet Negara Tidak Sekat Mohd Azlan Sertai Wataniah - Sukan | mStar

Kesibukan Sebagai Atlet Negara Tidak Sekat Mohd Azlan Sertai Wataniah

KANGAR: Kesibukan sebagai atlet skuasy negara tidak menghalang Mohd Azlan Iskandar menyertai askar Wataniah.

Pemain yang kini berada dalam ranking ke-10 dunia itu sebaliknya berkata penyertaan dalam Wataniah akan membentuk disiplin yang lebih tinggi.

Beliau menyertai skuadron Semboyan Askar Wataniah sejak Januari lepas dan kini menjalani latihan untuk melayakkan dirinya memakai pangkat kapten.

Pemain kelahiran Sarawak berusia 28 tahun itu berkata pada masa sama beliau juga sedang membuat persiapan untuk menghadapi kejohanan skuasy terbuka Malaysia yang dijadual Julai ini.

"Ini satu tanggungjawab yang perlu digalas untuk negara," katanya ketika ditemui semasa menyertai hari keluarga Regimen 504 Askar Wataniah di Gua Kelam dekat sini.

Kehadiran beliau pada hari keluarga itu adalah sebagai memenuhi undangan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Komander Regimen 504 Askar Wataniah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Separuh Akhir Piala FA

Artikel Berikut

Lewis Hamilton Juara F1 GP Shanghai 2011

Artikel Lain