Malaysia Naik Dua Tangga Dalam Ranking FIFA - Sukan | mStar

Malaysia Naik Dua Tangga Dalam Ranking FIFA

KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia merangkul Piala Suzuki AFF bulan lepas membolehkan pasukan negara meningkat dua anak tangga dalam ranking dunia terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Malaysia berjaya memperbaiki kedudukannya dengan menduduki tangga ke-142 berbanding tangga ke-144 sebelum kejohanan tersebut.

Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan hari ini, Malaysia memungut tambahan 17 mata selepas menjuarai kejohanan serantau itu.

Bagaimanapun, kedudukan tersebut masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada tahun 1993.

Kedudukan pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146) dan lain-lain negara yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139).

Di peringkat peringkat Asia pula, kedudukan Malaysia juga naik ke tangga ke-23 berbanding tempat ke-25 sebelum ini di kalangan 46 negara di rantau itu.

Sementara itu, Sepanyol mengekalkan kedudukannya selaku pasukan nombor satu dunia selepas dibantu oleh kejayaan mereka merangkul Piala Dunia 2010.

Belanda berada di tangga kedua diikuti Jerman di tangga ketiga daripada keseluruhan 203 negara yang menjadi ahli FIFA. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Liverpool Tewas Mengejut Kepada Blackpool

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain