suria

Dzeko Sah Milik Man City

Dzeko bakal menyarung jersi bernombor 10 bersama Man City.
Dzeko bakal menyarung jersi bernombor 10 bersama Man City.
Dzeko bakal menyarung jersi bernombor 10 bersama Man City.

PENYERANG Wolfsburg, Edin Dzeko sah menjadi milik Manchester City selepas proses menandatangani kontrak berjalan lancar pada Jumaat lalu dengan harga RM120 juta.

“Bagi saya ia merupakan impian besar dan projek besar apabila berada di kelab ternama ini. Saya banyak mendengar tentang kebanyakan penyokong dari Manchester adalah penyokong-penyokong Manchester City,” katanya yang fasih berbahasa Inggeris.

Dzeko,24, merupakan penyerang antarabangsa Bosnia yang sebelum ini mencipta nama dalam Bundesliga dan kini bakal mencatatkan rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus membantu City mencapai impian mereka memenangi trofi kejuaraan liga musim ini.

“Saya tidak pernah bermain di England, namun saya berharap Sabtu ini menjadi perlawanan pertama saya di sini. Saya telah banyak mencapai kejayaan di Jerman sebelum ini dan kini saya ingin mencipta kejayaan di City.

“Saya mahu membuktikan kepada penyokong semua bahawa bayaran yang diberikan City kepada saya adalah berbaloi. Saya sangat gembira berada di Wolfsburg, tetapi saya ingin memcuba sesuatu yang baru,” katanya.

Dzeko sebelum ini berjaya menjadi penjaring terbanyak musim lalu dengan 22 gol dan ini memberi keyakinan tinggi kepada pengurus Man City, Roberto Mancini untuk meraih kejuaraan musim ini.

“Saya gembira kerana kami berjaya membeli Dzeko. Dia adalah masa depan Manchester City.

"Kehadirannya mampu memberi memberi gandingan lebih bagus dan kini kami mempunyai salah seorang penyerang terbaik Eropah,” katanya.

Artikel Lain