suria

Tujuh Atlet Renang Malaysia Mara Ke Pusingan Kelayakan Seterusnya

NEW DELHI: Perenang Malaysia Daniel Bego hari ini melayakkan diri ke pusingan kelayakan seterusnya bagi acara 100m kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan masa 55.13 saat untuk menduduki tempat ke-12.

Chui Lai Kwan dan Leung Chii Lin juga mara ke pusingan seterusnya dalam acara 50m gaya bebas wanita selepas masing-masing mencatat 26.38 saat dan 27.15 saat untuk menduduki tempat kelapan dan ke-15.

Yap See Tuan juga meneruskan kemaraan bagi pusingan kelayakan seterusnya dengan catatan 29.92 saat dan menduduki tempat ke-12 dalam acara 50m kuak dada lelaki.

Dalam acara 50m kuak lentang wanita, Chan Kah Yan juga layak dengan mencatat 30.41s untuk mendapat tempat ke-12.

Christina Yen Ling pula layak ke pusingan seterusnya dalam acara 100m kuak dada wanita dengan catatan masa 1:13.14s untuk tempat ke-16 tetapi rakannya Erika Kong Chia Chia tidak begitu bernasib baik apabila menduduki tempat ke-18 dengan catatan masa 13.66 saat.

Ian James Barr Kumarakulasinghe pula layak ke pusingan kelayakan seterusnya bagi acara 100m kuak lentang lelaki dengan mendapat tempat ke-13 dengan catatan 58.54 saat.

Pusingan kelayakan seterusnya bagi acara renang akan diadakan esok. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain