suria

SUKMA: Fatimah Masih Boleh Wakil Terengganu Pada SUKMA Melaka

KUALA TERENGGANU: Pemenang dua pingat emas SUKMA Terengganu 2008, Fatihah Mustapha, yang kini berlatih di Australia di bawah jurulatih John Beasley masih lagi boleh mewakili Terengganu pada Sukma di Melaka Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata ini kerana Fatihah, yang berasal dari Hulu Terengganu itu, hanya pelumba basikal bertaraf Sukan Komanwel dan bukan bertaraf Olimpik.

"Mana-mana atlet beraksi pada Sukan Olimpik seperti jaguh basikal Azizulhasni Awang tidak dibenarkan bertanding dalam SUKMA," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya seorang lagi pelumba Terengganu yang layak menyertai temasya sukan SUKMA di Melaka mulai 10 hingga 19 Jun ini ialah Haris Salleh, yang turut mengikuti latihan bersama Fatihah di Australia.

Terengganu yang pertama kali muncul juara SUKMA ke-12 di Terengganu, menyasar untuk mempertahankan kejuaraannya dengan menyertai semua acara yang dipertandingkan dalam SUKMA Melaka nanti, katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain