suria

Chong Wei Ke Separuh Akhir, Beregu Malaysia Tewas

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain tunggal negara mara ke separuh akhir kejohanan badminton All England selepas dua beregu Malaysia tewas pada peringkat suku akhir.

Chong Wei bagaimanapun menghadapi laluan sukar sebelum berjaya menewaskan pemain Korea Shon Wan Ho dalam tiga set 14-21, 21-14 dan 21-14 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam setengah di Birmingham's National Indoor Arena.

Chong Wei akan bertemu pemain nombor lima dunia Peter Hoeg dari Denmark pada peringkat separuh akhir, hari ini.

Pada perlawanan beregu lelaki pula pasangan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen tewas kepada pemain Denmark Lars Paaske-Jonas Rasmussen 21-18, 22-20.

Satu lagi beregu negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pula tewas kepada pasangan Indonesia Markis Kido-Hendra Setiawan 21-17, 21-11. Berikut adalah keputusan perlawanan suku akhir kejohanan All England yang melibatkan pemain Malaysia, pada Jumaat:

Perseorangan Lelaki:

Lee Chong Wei menang ke atas Shon Wan Ho 14-21, 21-14, 21-14

Beregu Lelaki:

Lars Paaske/Jonas Rasmussen menang ke atas Gan Teik Chai/Tan Bin Shen 21-18, 22-20 Markis Kido/Hendra Setiawan menang ke atas Choong Tan Fook/Lee Wan Wah 21-17, 21-11 - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain