SANDAKAN: Pasukan tuan rumah Sabah memulakan saingan Kejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Sarawak 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B di sini, hari ini.
Mohd Afiq Japli menjadi wira pasukan Sabah apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-58 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada babak pertama.
Gol pembukaan Sabah dihasilkan seawal minit ketujuh menerusi jaringan Dion Duni sebelum Sarawak menyamakan kedudukan menerusi Baniela Lihim pada minit ke-30.
Kejohanan, yang disertai oleh 12 pasukan negeri dan pasukan jemputan Singapura, itu diadakan di Kompleks Sukan Sandakan di sini.
Pasukan yang bertanding dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A terdiri daripada juara bertahan, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Pahang, Perlis, Selangor dan Singapura.
Kumpulan B pula terdiri Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
KEPUTUSAN:
Kumpulan A:
Selangor menang ke atas (mn) Kelantan 4-2
Pahang mn Perlis 4-0
Johor mn Singapura 2-0
Kumpulan B:
Perak mn Negeri Sembilan 4-1
Pulau Pinang mn Melaka 6-2
Sabah mn Sarawak 2-1. - BERNAMA


