suria

Elemen 'Debaran' Jadi Penyelamat 'Contagion'

"Contaigon" penuh dengan elemen debaran.
"Contaigon" penuh dengan elemen debaran.

BAGAIKAN pembunuhan rawak oleh pembunuh bersiri, 'Contagion' memberikan inspirasi dan kombinasi penuh mendebarkan dalam plot penceritaannya.

Mungkin juga boleh dikatakan sebagai satu-satunya elemen penyelamat filem arahan Steven Soberbergh.

Skrip yang kuat berdasarkan sebuah novel bukan fiksyen berjudul 'Hot Zone', Contagion boleh dikatakan digarap dengan baik oleh pengarah dengan perjalanan cerita dan kesinambungan yang tidak sukar difahami oleh penonton.

Dengan bantuan lakonan mantap daripada barisan pelakon terkenal seperti Matt Damon, Gwyneth Partlow, kate Winslet, Marion Cotillard dan Jude Law filem tersebut sudah semestinya perlu ditonton.

Telah menjengah di pawagam pada 8 September lalu, 'Contagion' mengisahkan mengenai penyebaran sejenis virus daripada jangkitan burung kelawar dan khinzir yang boleh dijangkiti melalui sentuhan.

'Contagion' yang turut boleh dianggap sebagai satu filem misteri atau seram berdasarkan plotnya yang cuba merungkai punca virus berkenaan merebak dengan cepat turut mempunyai elemen debaran sepanjang filem berdurasi hampir dua jam itu berlangsung.

Lebih cepat daripada penonton mungkin jangkakan filem tidak pernah berhenti sejenak untuk membolehkan kita mengambil nafas dengan kaedah suntingan Steven yang cukup memberikan impak sepanjang filem.

Steven juga bijak dalam menggunakan elemen pergerakan pelakon dalam filem berkenaan seperti momen Matt dalam satu babak berjalan dari satu sudut ke sudut lain memberikan kesan kepada penonton.

Malah penonton boleh terpaku dengan laporan CNN mengenai virus berkenaan memberikan satu pengalaman seperti terperangkap dalam situasi sebenar. Itulah kelebihan Steven.

Mangsa pertama virus tersebut, watak lakonan Gwyneth Partlow yang berasal dari Minnesota, terkena jangkitan tersebut selepas pulang dari lawatan kerja di Hong Kong.

Bermula dari situ hampir setiap orang sakit akibat daripada jangkitan dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.

Menarik mengenai pengarahnya, Steven, dia telah berjaya merubah setiap watak dari nama besar dari lakonan yang biasa pada mulanya berubah menjadi impak besar dalam sesebuah filem.

Walaupun pada mulanya terfikir bagaimana pengarah ingin menonjolkan setiap watak dari nama besar dalam filem berkenaan, Steven sebenarnya bijak menyusun kemunculan nama-nama besar bagi mengimbangi semua peranan tanpa menenggelamkan pesona mereka.

Gwyneth sebagai mangsa virus, Matt Damon sebagai suami kepada Gwyneth yang banyak berkorban Kate Winslet sebagai penyiasat kesihatan satu, Laurence Fishburne sebagai tokoh pusat bagi Kawalan Penyakit, Marion Cotillard sebagai birokrat Organisasi Kesihatan Dunia.

Satu perkara mengenai filem ini walaupun ia diceritakan seperti jurnal perjalanan sesebuah kes dengan beberapa lompatan yang mungkin pada sedikit penonton mengelirukan, Steven bagaimanapun berjaya mengekalkan fokus penonton terhadap plot utama ingin ditonjolkan.

Pun begitu, seperti kebanyakan filem yang mempunyai elemen debaran lain, 'Contagion' turut diakhiri dengan baik dan melegakan.

Siapakah yang sebenarnya terdedah kepada virus tersebut dan bagaimana pihak berkuasa dapat mengesan Gywneth sebagai mangsa pertama menyebarkan virus tersebut? Saksikan filem yang mendebarkan ini di pawagam berdekatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain