suria

Patah hati Bella Astillah kena kutuk pada hari jadinya, dakwaan emel jenama produk fitnah

Bella kecewa suaminya berlaku curang.

SELEPAS pelbagai pendedahan perbualan dipercayai di antara Aliff Aziz dan individu dinamakan sebagai NRF tular di media sosial, isteri aktor itu tampil memberi maklum balas terhadap beberapa dakwaan dilemparkan terhadapnya.

Tidak hanya menjawab tuduhan, Bella Astillah turut meluahkan rasa kecewa apabila salah satu tangkap layar perbualan Aliff dengan NRF di WhatsApp dibuat pada ulang tahun kelahirannya pada 15 Mac lalu.

"Pada hari lahir saya," luahnya berserta emoji patah hati.

bella astillah 66

Luahan rasa kecewa Bella.

Menerusi perbualan tersebut, penghantar mesej itu meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila Bella dilantik sebagai duta sebuah jenama produk penjagaan kesihatan.

Bagaimanapun Aliff cuba menenangkan NRF dengan mendoakan agar dia diberikan rezeki lebih baik selepas ini.

Malah individu itu memberi respons terhadap pemilihan Bella sebagai duta disamakan dengan binatang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita hidup bersama 10 tahun” - Dapat bukti lebih awal, Bella Astillah kecewa Aliff tergamak komplot jatuhkan dirinya

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah disamakan seperti haiwan, perbualan Aliff Aziz burukkan isteri terbongkar

Apa menambah kekecewaan Bella apabila dia dituduh menghantar emel kepada jenama produk agar berhenti bekerjasama dengan seorang artis wanita.

Menjawab perkara tersebut, Bella sekali lagi menegaskan dakwaan tersebut adalah fitnah.

"Fitnah! Bila masa team saya emel jenama produk. Macam mana boleh terfikir fitnah sampai ke tahap ini Ruhainies?" tulisnya.

bella 3636

Bella kongsi kembali hantaran Sarah.

Sebelum ini salah satu jenama minuman kesihatan bertindak mengaburkan muka Ruhainies dalam video promosi raya susulan kontroversi pelakon itu ditangkap khalwat bersama Aliff pada 9 Mac lalu.

Bella juga dilihat berkongsi semula semua hantaran dibuat Sarah di Instastory miliknya pad Khamis.

Kesemua hantaran Sarah sebelum ini merupakan perbualan antara Aliff bersama NRF yang mana secara tidak langsung membuka kisah kecurangan aktor berkenaan.

bella astillah 43

Bella dakwan Ruhainies fitnah tentang dirinya.

Satu lagi perbualan yang mencuri tumpuan Bella adalah NRF turut menyediakan sepasang baju raya baharu rekaan pereka fesyen terkenal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menerusi pendedahan yang dibuat Sarah, Aliff dan NRF juga menggunakan bahasa panggilan seperti 'love' serta memberitahu perkembangan semasa pergerakan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain