suria

Hari bahagia semakin hampir, Shila Amzah tunggu ibu Ubai sihat sebelum umum tarikh kahwin

Persiapan perkahwinan Shila dan Ubai hampir siap sepenuhnya.

PENYANYI Shila Amzah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya iaitu Ubaidillah Mohd Zulkefli pada Ogos ini.

Menurut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, persiapan perkahwinan mereka sudah hampir 70 peratus selesai.

Dia bagaimanapun berkata tarikh sebenar hanya akan dimaklumkan selepas ibu Ubai iaitu Rohani Jamal keluar hospital kerana mengalami pendarahan pada bahagian rahim akibat kanser ovari.

Shibai

Ubai dan Shila sedang hitung hari untuk disatukan.

“Apa yang saya boleh katakan, sebanyak 70 peratus persiapan perkahwinan sudah dibuat.

“Tarikh perkahwinan memang sudah dekat tetapi buat masa ini saya tidak mahu maklumkan lagi kerana ibu Ubai masih lagi dirawat di hospital.

“Saya hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinan kami selepas ibu keluar daripada hospital,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau buat juga maknanya tiada otak” - Shila Amzah tak suka netizen gabung namanya dengan Ubai, bunyi ‘hashtag’ tidak elok

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai tipu Shila Amzah, ajak teman jumpa klien rupanya kejutan lamaran... “Dia siap pesan pakai cantik-cantik”

Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Rockmantic Night Judika and The Gang yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini berharap dia dapat meraikan hari bahagianya kelak bersama keluarga tersayang.

“Saya tidak mahu terlalu teruja bercerita tentang perkahwinan demi menjaga perasaan bakal ibu mentua yang sedang sakit.

Saya hanya mahu menunggu ibu keluar daripada hospital.

SHILA AMZAH

PENYANYI

“Ibu (ibu Ubai) mahu berada di majlis pernikahan kami dan disebabkan itu saya belum boleh maklumkan lagi tarikh perkahwinan kami.

“Saya hanya mahu menunggu ibu keluar daripada hospital dan barulah saya akan maklumkan kepada semua,” ujarnya.

Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.

Shibai 2

Shila sudah bersedia umum tarikh perkahwinannya kepada umum.

Shila dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta.

Untuk rekod, sebelum ini Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain